f Secubit Garam: Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut

N3 Terkini

Thursday, January 27, 2011

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut

Ermmm.. ikutkan hati nak buat short from jer tajuk yg panjang berjela tuh.. Kang ada pulak yg bising2.. heeeee.... Tak per la.. K.Nor taip penuh la ya.. Menu hari ni, Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, menu yg tak puas dimakan. Sedap dibuat dgn apa aje ikan semestinya ikan yg isinya putih la spt ikan talapia, tenggiri, siakap, bawal.. apa lagi ek.. Haa... kalau nak tukar guna udang atau sotong pun sedap. K.Nor dah pernah buat dulu dgn menggunakan udang. Tetap sedap hingga menjilat jari...


Jom tengok resipi Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, resipi masakan Thai utk menu lunch hari ni..


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


7 comments:

  1. k.nor,tpg serbaguna tu camne?klo gn tpg jgg xpe jgk kan?

    ReplyDelete
  2. wakaka..klu tak tertanya2 mas apa tu IGDSDLP tu...panjangnya nama resepi ikan ni...compom sedapp kan kak nor...masuk list...
    mas suka masak2 macam ni...he..he..

    ReplyDelete
  3. kak nor..menu kak nor keluar the rite time..haha...tengah tengok2 nak masak cam ner ikan kat sinki tu..okey..bebahan ada..nak masuk opissss

    ReplyDelete
  4. zawani >> tepung serbaguna tu boleh digunakan utk goreng apa saja, mmg dah siap dlm pack. try cari kat sabasun kat area tepung utk cucur.. boleh gak kalau nak guna tpg jagung.. tp masa buat sos dia tu skip la tpg jagung, kang jd lagi berlendir..

    mas >> tu pasal la mas.. ada la pulak kang yg bingung apa la tajuk kalau di shortform kan.. hehe

    izah >> haa...cpt gi godek.. sedap nih :)

    ReplyDelete
  5. salam kak nor

    resepi kak nor memang menggoda btl...
    mesti sedap ni maveles..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak nor...sebab bg saya idea tuk lunch esok...doa2 pasar jgn tutup dah le....erkkkk
    ehmmm...nak sikit bole...???

    ReplyDelete
  7. ady >> salam ady.. try la buat, insyaallah sedap ni :)

    hani >> slmt mencuba hani.. erkkk.. jap ek.. rasanya tinggal kepala dan tulang jer td tu.. hehe

    ReplyDelete