f Secubit Garam: Grrrrrrrr...........

Friday, January 21, 2011

Grrrrrrrr...........


Salam Jumaat buat semua...

Hummm .... betul la tu.. grrrrrrrrrrrrrrrrrrr............ rasa geram! Nak marah! Bengang! fuhhh semua ada... nasib baik tak lama... ingatkan sampai esok baru pulih... Tapi apa pun... Alhamdulillah... mmg boleh giler meroyan tau bila line tenet tak ada cam smlm... 

Hahahha... geram sbb line tiba2 putus. Tengah nak masukkan n3 berjadual utk pagi ni tup2 line kiok! Suruh Luqman switch on and off kat plug modem tp tak ada hasil.. Berulang2 kali buat pun still tak leh gak. Last2 tangan gatal nak angkat ganggang telefon. Tak keluar nada line tu tp keluar suara minah komputer cakap, "Perkhidmatan talian anda dihentikan buat sementara" Aik... takkan kena potong kut! Call cik abg yg keluar kes ada meeting dgn geng2 gambo dia.. Dia cakap baru jer bayar 2 - 3 hari lepas. Bil tak tertunggak pong! Dan bil yg dibayar baru gak lagi sampai. Haishhh.. Dia call suami cousin dia yg kerja kat Kedai Telekom, dan  diberitau, hari Sabtu (esok) baru boleh dpt semula line sbb hari ni kan Jumaat, weekend kat Tganu ni... Haaaaaa.......... Sabtu!!! Apa nak buat kalau 3 hari tak leh online??? Memang meroyan la kali ni kut.. hehehe.. Sampaikan semalam pukul 10 lebih dah masuk beradu! 

Kebetulan Luqman bukak PC ni, nak scan virus. Tup2 dia cakap, line dah dapat balik la mak! Biar betul!! Bila tengok... wahhhhhhhhhh!!! Seronok wehhhh!! Terus bukak blog, tengok2 berderet komen!! Heheheh.. biar dulu ya komen2 tu.. nak gi masuk opis awal sket arini.. Nanti K.Nor balas komen2 tu ya... Mekasih la yg sudi singgah time tuan rumah tak leh nak masuk rumah sendiri.. hehe... 

** line gi beraya Taipusam kut ... hehehehe