f Secubit Garam: Tahniah Yana & Danial

N3 Terkini

Friday, January 28, 2011

Tahniah Yana & Danial

Alhamdulillah... Dan confirm pun.. Duk tunggu2 dr pagi td nak tengok keputusan secara rasmi. Kalau ikutkan smlm dah dpt tau keputusan bagi Gerbang Cinta Musim Ke 2 tapi biar lah tau secara rasmi dulu dr paper. K.Nor tau bila bukak facebook tengok kat ada yg mengucapkan tahniah pada Yana atas kemenangan dia dan Danial. Terus K.Nor call Yana dan dia beritau ada yg call dia kalau tak silap dr Gerbang Cinta beritau yg dia dah berjaya jd juara.. Yep.. JUARA bagi Gerbang Cinta Musim Ke 2..  Alhamdulillah.. syukur... Tak sangka sungguh dia dpt jd juara sbb kalau ikutkan result kat vote tu dia duk kat tempat ke 3. Memang dah tau yg vote tu cuma bagi 30% jer dr pemarkahan keseluruhan.. Apa pun.. alhamdulillah.. ada rezeki dia dan Danial, tunangnya tu..

Pagi ni cik abg siap beli Utusan lagi (dah bertahun tak beli tau.. hehe) Bila balik terus dia tunjuk.. wahhhh.. so happy! 




K.Nor mewakili Yana dan Danial, termasuk seluruh keluarga, terutamanya abg dan SIL K.Nor ( ayah dan emak Yana) mengucapkan jutaan terima kasih pada yg telah sudi mengundi dan mendoakan kemenangan buat Yana dan Danial ni. Hanya Allah juga yg dapat membalas budi dan jasa kalian semua.. Mudah2an perkahwinan yg bakal dia org tempuhi nanti mendapat rahmat dan keberkatan dr Allah Taala dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. amiin...

*Kalau ikut perancangan sebelum ni, dia org ni nak langsungkan perkahwinan dlm bulan Jun ni. Tapi tak tau la camna skrg ni, kena tunggu pihak penganjur dtg berbincang dulu dgn parents masing2 bagi menetapkan semuanya.. insyaallah...

13 comments:

  1. Tahniah buat Yana dan pasangannya Danial. Selamat menempuh hari bahagia yang bakal tiba. Tahniah juga buat Kak Nor..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,tahniah buat Yana & Danial..semoga kebahagian milik kalian. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah.. ni kawin kena jemput la kami para para pengundi tak bertauliah ni...haha

    ReplyDelete
  4. waa tahniah tahniahh.... jgn luper marhaban BP kak! muekekekekeke

    ReplyDelete
  5. wahhhh...tahniah tahniah...seronoknyaaa...semoga yana dan danial berbahagia dari gerbang cinta sehingga ke gerbang perkahwinannya nanti..aminnnn...

    ReplyDelete
  6. tahniah wat yana dan danial...
    maga berbahagia selamanya....

    ReplyDelete
  7. weh baru tau ada pertandingan macam ni.. punyalah ketinggalan zaman.. cam dok kat zmn purba pulak rasa diriku ini..cewah..
    apa-apa pun takniah buat kedua-dua pasangan..

    ReplyDelete
  8. K.Nor...sampaikan tahniah pada mereka yer. Baca news pepagi lagi dah seronok dah rasanya. Berbaloi juga saya mengundi arie tu...hehehhe. Tak sabar nak tunggu K.Nor update entry....seronok sungguh. Tahniah pada K.Nor juga sebab membantu mereka dengan ikhlas... Semoga kekal ke akhir hayat. Amiinn...

    ReplyDelete
  9. tahniah buat mereka berdua kerana menjuarai pertandingan tu... semoga apa yg diidam2kan dihari bahagia nanti terlaksana dengan meriah & penuh gemilang gitu...

    ReplyDelete
  10. Salam k.nor..tahniah buat keduanya..mesti nanti perkahwinan mereka dapat telecast kan..bestnya.. :)


    Entri Terbaru My homemade macarons in pastel colours

    ReplyDelete
  11. Nor, salam tahniah dr Ummi tuk Yana dan pasangannya...moga sentiasa bahagia ke akhir hayat bila ikatan termeterai nnt kan..

    ReplyDelete
  12. tahniah juga kepada kedua-dua pasangan semoga bahagia hingga ke akhir usia..amin

    ReplyDelete
  13. anak sedara nor ke..tahniah juara..

    ReplyDelete