f Secubit Garam: Roti Jala Dgn Kari Ayam

Sunday, January 9, 2011

Roti Jala Dgn Kari Ayam

Semalam tengok K.Rose menjala, teringin lak menjala sbb dah lama tak menjala. Kebetulan buat lauk Kari Ayam (melayan permintaan sang teruna) K.Nor pun menjala la selepas lunch. Mulanya nak buat 1 kaler jer tp tangan tak leh nak stop dr membancuh jd 2 kaler.. hehe.. nak berkaler maler gak tuh.. Kut dah jadi trademark K.Nor, asal roti jala mesti nak berkaler maler.. hehehe..

Masih menggunakan resipi yg diambil dr rumah Ummi Kuantan, tp kali ni bancuh 1 1/2 adunan. Kena lebihkan sket sbb ada ahli tambahan kat rumah. Jom tengok resipi yg mmg K.Nor sentiasa gunakan utk buat roti jala. Thanks ya Ummi coz dah share resipi yg best ni..


ROTI JALA
sumber : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram


2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

Jemput makan :)