f Secubit Garam: Ikan Pari Masak Sambal Cili

N3 Terkini

Wednesday, January 12, 2011

Ikan Pari Masak Sambal Cili


Pari ni dimasak stail Ikan Pari Masak Hijau by Ayu S'pore. Disebabkan tak ada cili hijau, K.Nor guna cili merah. Pastu edit situ sikit, sini sikit.. terhasil lah satu resipi lain.. Ikan Pari Masak Sambal Cili.. sedap!! Bukan kata K.Nor ya, kata anak2 K.Nor. Kalau K.Nor yg kata mesti org kata naik lift tekan sendiri butang tu kan.. hehe


IKAN PARI MASAK SAMBAL CILI

2 ekor anak ikan pari ~ gaul dgn serbuk kunyit dan garam
5 bj cili merah * ~ diblend/tumbuk kasar
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan air
2 kpg asam keping
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa
daun ketumbar
minyak

Panaskan minyak dan goreng pari hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 yg diblend/tumbuk kasar hingga wangi.
Masukkan juga lada hitam.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga terbit minyak.
Masukkan asam keping, sos ikan dan kicap.
Masak lagi hingga sedikit pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kacau2 dan masukkan ikan pari yg dah digoreng td.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya rempah tumisan menyerap ke isi ikan pari.
Masukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau goreng sekejap.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan panas2.


12 comments:

  1. Wahh...yg x mkn ikan pari pun boleh terliur tengok gambar nih kak..terasa2 pedasnya haa..ni mesti along mkn byk nih..gemuk laaa sikit balik jordan nanti..hihi ;)

    ReplyDelete
  2. cedapnye...dah nak meleleh ayaq lioq ni..hohohoh

    ReplyDelete
  3. sedap ya nor..leh jugak try nanti..bak mai semangkuk dulu..nak ratah2..hihi

    ReplyDelete
  4. akak, kita tulis kat chat box kok tak kluar2 pong!! nyways nak cakap, kita tgk lauk pari ni jer dah taw confirm sodap..pulak pari ni peberet ar..

    ReplyDelete
  5. saiful >> haaa. takkan la lauk akak pun nak di HDR!! hehe

    sue >> dah naik 2kg pun tu :)

    asha >> okies.. dah update resipi tu .. slmt mencuba :)

    zawani >> lap.. kang basah keyboard :)

    k.anim >> amboi.. td dah angkut asam pedas ayam, ni nak angkut pari lak ya.. ish3.. tak kenyang lg ke makan capati hehee

    yat >> akak rasa chatbox tu tengah mengong cam baru2 ni kut.. :)

    ooo minat gak ikan pari ya.. bukan pari2 kan hehe

    ReplyDelete
  6. salam kak..dtg ni nak tapau sumer :))
    tergoda tgk cheesy stick kat bwh tuh :p~

    ReplyDelete
  7. kak Nor, terliur la nengok ikan pari ni...lama dah x mkn..huhuhu

    ReplyDelete
  8. sambal pari...suka..tapi compom dah abisss..balik dulu la..nnti dtg balik...
    akal dah sihat ke...

    ReplyDelete
  9. salam kak

    pia pecaya la,mesti sedap :)

    ReplyDelete
  10. Hi Kak Nor, terimakasih for sharing resipi yg agak simple & sedap.. =D

    ReplyDelete