f Secubit Garam: ORANGE CHIFFON CHEESECAKE

N3 Terkini

Thursday, September 18, 2014

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Bereksperimen satu lagi resipi kek chiffon.. Kali ni ambil kat dapur Evelyn pulak.. Kebetulan ada sebiji oren duk termenung dalam esbok. Kesian kat dia.. kalau dah menopos kang lg haru.. Jadi merajinkan diri buat kek chiffon oren. ^__^

Ni la gara2 tak sabar nak ngap, kek yg tak cukup sejuk dah dipotong.. ^___^

Resipi ORANGE CHIFFON CHEESECAKE ni dah lama save, lepas Lyn goda dengan tayangan amalnya kat fb.. Pantang org tayang kek chiffon, mmg terus jer tergoda. (kalau org tayang emas sekerat lengan tak minat pulak hehehe). Bila time nak buat kek ni, K.Nor gi la perah buah oren tu. Tapi bila masa menggodek kek, ehh tak guna la pulak jus oren.. Alang2 dah perah, K.Nor sukat 50 ml dan masukkan jugak dalam adunan.. Alhamdulillah.. kek yg dihasilkan tak terjejas.. Tekstur kek jd lebih moist dan lebih harum bau oren.. Memang syok abis.. (part derkaha kat resipi mmg payah nak elak..  dah lekat tabiat org kata haha)

Tq Lyn, K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. K.Nor buat 1 1/2 adunan dari resipi asal dan yg warna purple yg K.Nor dah ejjas tu.. 

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE
resipi : AlexGoh
sumber : Evelyn dan K.Nor

Bahan2nya:
A
40g cream cheese ~ 60gm
60g susu segar ~ 90gm
25g butter ~ 38gm

B
65g tepung gandum ~105gm

C
4 biji kuning telur ~ 6bj
1 biji parutan kulit oren, optional
50ml jus oren

D
4 biji putih telur ~ 6bj
100g gula kaster ~150gm
Secubit garam, saya tak letak
1/8 sk cream of tartar ~ 1 sk perahan lemon/limau nipis

Cara2 membuatnya:
1. Masak bahan A atas double boiler hingga cair & pekat.
2. Alihkan & masukkan bahan B, gaul rata.
3. Masukkan bahan C, gaul lagi.
4. Kemudian, pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan (langkah 3 ) tadi hingga sebati.
5. Tuang kedalam loyang chiffon bersaiz 9' (loyang 10"). Jangan griskan loyang.
6. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit (60min). Segera terbalikkan loyang apabila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.


6 comments:

  1. salam kak nor..

    cantik kejadian kek..gebu habis..!!^_^

    ReplyDelete
  2. Cantik.. Nak tanya sket kak nor. Kek chiffon selalunya ada layer kat bawak mcam mendap dan tenggelam bila nak keluarkan. Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan telur dah overbeat ataupun masa menggaul adunan putih dn kuning tu juga overbeat.. perlu diingat adunan ni kurang tepung, jadi adunan tak boleh digaul terlalu kuat/ganas. kena gaul dgn lembut (guna kaedah kaupbalik)..

      wallahua'lam

      Delete
  3. salam kak nor lama x blog walking kat sini..kek chiffon memang kegemaran gak hiii.. tapi x pernah buat lagi yg ni ... nampak gebussshhh

    ReplyDelete
  4. salam kak nor,
    gebuss sangat tu...tergoda habiss.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. k,nor.. gebusnye kek akak tu... lepas bolehla try guna loyang mak bagi.. hihihi.. suka sangat..

    ReplyDelete