f Secubit Garam

N3 Terkini

Monday, May 20, 2013

My PIZZA

ASSALAMUALAIKUM..

Pizza yg dah laaaaaaaaaaaama hadam diproses tp terlupa nak postkan menjadi entri.. :) Pizza yg K.Nor buat ni, dlm kategori rangup crustnya tu sbb K.Nor canai nipis dohnya dan dibakar menggunakan pan yg mmg khas utk pizza. Bila makan pun tak rasa cpt kenyang bila basenya tak terlalu tebal. Bagi yg nak basenya jenis  tebal, gebu boleh aje menggunakan resipi doh ni tp jgn canai nipis ya.. K.Nor masih guna resipi doh/base pizza dari Dayang tp K.Nor buat 1 1/2 adunan utk menghasilkan 2 bj pizza bersaiz  XL kut dgn menggunakan pan 14". Lebih kurang mcm dlm GAMBAR NI.. 


Sos utk pizza ni mengunakan resipi sos yg sama masa K.Nor buat PIZZA MUFFIN sebelum ni. Lebihan sos tu K.Nor simpan dlm freezer jd masa nak buat pizza ni, nyahbekukan dia  dan bolehlah terus digunakan. Mudah kerja kan.. Utk toppingnya terpulanglah pada citarasa masing2, nak guna hirisan ayam, seafood, daging atau apa saja yg disukai.


My PIZZA 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
base utk pizza ~ resipi spt dibawah
sos pizza ~ resipi spt dibawah

topping :
hirisan ayam/tuna/udang
hirisan capsicum
sosej ~ dihiris
hirisan bawang besar ~ jika suka
hirisan nenas
hirisan tomato
serbuk lada hitam
dried oregano ~ optional
pizza seasoning ~ optional
parutan keju secukupnya ~ nozarella dan chedar

Cara:
Sapu loyang dgn sedikit mentega.
Bahagi 2 doh pizza dan canai bulat sehingga muat loyang tadi.
Cucuk doh dgn garfu dan bakar dlm oven yg dipanaskan pd suhu 180C selama 5 min. Keluarkan.
Sapu rata doh dgn sos pizza dan susun dgn bahan2 topping.
Tabur keju secukupnya dan kemudian taburkan pula serbuk lada hitam, dried oregano dan pizza seasoning (jika ada/suka)
Bakar sekali lg lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga keperangan.
Picitkan sos cili dan mayonis sebelum dimakan.


*proses pembakaran 2x ni akan menghasilkan doh yg rangup. jika suka doh yg tebal dan gebu, tak perlu dibakar pd kali pertama tu. teruskan dgn meletakkan inti setelah doh diletakkan di dlm loyang setelah dicanai (cuma biarkan doh naik seketika setelah dicanai sebelum diletakkan topping)



Doh Pizza (by Dayang Jack)

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.


SOS PIZZA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 :
1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 cawan sos tomato
3 sudu besar cawan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
garam
gula
minyak ~ sebaiknya minyak zaitun

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Renih hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan serbuk oregano dan kacau.
Masak seketika dan padamkan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.



Friday, May 17, 2013

KEK COKLAT MOIST KUKUS & Ole2 Sempena Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM...

Kek yg ditempah oleh adik K.Nor utk jamuan Hari Guru kat skolahnya smlm, KEK COKLAT MOIST yg bukan dikukus tp versi dibakar. Deco pun ala kadar jer, tak sempat nak tulis apa2 jd main pacak jer la wording tu hehe.. Semoga kena dgn selera ya Achik.. Mekasih daun keladi sudi menempah ya...

Resipi dr buku Chef Zubaidah yg telah dikongsikan oleh AlongRoz kat Myresipi nun.. Mekasih Chef dan juga Along ya...  Izinkan Nor share kat sini pulak utk rujukan di lain waktu :)



KEK COKLAT MOIST KUKUS
resipi : chef zubaidah
sumber : alongroz@myresipi 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor *  ~ k.nor guna 210gm
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing (k.nor siram dgn ganache)

* kek ni k.nor bakar dgn menggunakan suhu 160C ,lebih kurang 55 min - 1 jam.

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.
Padamkan api dn.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dn.kacau.
Biarkan seketika baru dicurah atas kek

*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

******

Yg kat bawah ni pula KEK COKLAT KUKUS versi dlm bekas yg juga ditempah adik K.Nor utk anak dia hadiahkan pd cikgu2 kat skolahnya dan yg sama juga K.Nor buatkan utk anak dara yg nak bagi kat warden2 asramanya.. Versi simple jer ni..


Tartlets ni pula yg dibuat khas utk si anak dara utk dihadiahkan pd guru2 di sekolahnya. Rasanya lepas ni tak perlu buat dah kut sbb tahun ni dia dah nak SPM. Luqman pulak skolah berasarama kat Kota Bharu, jd payah sket la nak buatkan utk dia. Kiranya dah boleh pencen la kan.. heheeee

 Card biru utk cikgu lelaki, card merah utk cikgu2 perempuan.. 
Card hasiltangan si anak dara sendiri yg mmg agak kreatif.. 
Darah kreatif ayahnya mengalir pada dia sorang jer setakat ni..
Si emak tukang buat tartlets dan tukang pack jer :)




Wednesday, May 15, 2013

HATI MASAK LOMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak leh pot pet panjang2.. Banyak benda nak kena settle.. sbb masih banyak benda yg belum siap. Al maklumlah.. esokkan Hari Guru..Tahun lepas tak buat apa2 pun sbb anak2 duk kat asrama, tp kali ni si anak dara siap mengorder itu ini.. ermmm... layan jer la sbb tahun ni tahun terakhir dia bersekolah kat situ. Dah nak SPM anak dara nan satu ni.. insyaallah...


KAK CEK!!! Jangan marah ek.. Nor dah derhaka kat resipi Daging Masak Lompap K.Cek yg Nor dah pernah buat dulu. Memang nak mencuba dgn hati pulak sbb nak tau ok ke tak hehe.. Alhamdulillah.. best tau K.Cek.. Tak rugi buat guna hati. dah jenis suka makan hati, buat la apa pun dgn hati, mmg best punya.. insyaallah.. < kat alam nyata pun selalu makan hati gak, sabo jer la.. :( >


Jom check resipi, bagi yg belum mencuba Daging Lompap, silakan.. insyaallah mabeles.. Kalau nak menerai dgn hati pun terpulang lah ya.. Tak ada batasan dlm masak memasak ni.. Kita yg buat dia ya.. ^__^

DAGING (Hati) MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek
sumber :  K.Nor@SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA:
500 - 600 grams daging ~ k.nor gantikan dgn hati lembu
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA :
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging (hati) ....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....


*tip mencuci hati utk menghilangkan bau yg tak menyenangkan :)

lumur hati yg dah dihiris dgn sedikit tepung gandum. perap seketika dan bilas hingga bersih. insyaallah hilang bau tersebut..