f Secubit Garam

Tuesday, September 23, 2014

CHOCOLATE CHEESE TART

ASSALAMUALAIKUM...

Biarlah gambar yg berbicara hari ni ya.. ^____^


Tq Lyn, mmg best cistart ni :)


yum... yummmm.... 


CHOCOLATE CHEESE TART

Bahan2:
Pastri:
125g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb susu segar
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.
2. Masukkan kuning telur & susu segar, pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper & sejukkan selama 15 minit.
4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese filling:
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream

Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila & gula hingga lembut.
2. Masukkan telur & pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream & pukul hingga agak pekat. Masukkan filling kedalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.
4. Paipkan cheese filling kedalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa2 perisa inti jika suka.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.

# Inti akan naik sedikit apabila sudah masak, matikan oven, buka pintu oven sedikit & biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.


Thursday, September 18, 2014

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE

ASSALAMUALAIKUM..

Bereksperimen satu lagi resipi kek chiffon.. Kali ni ambil kat dapur Evelyn pulak.. Kebetulan ada sebiji oren duk termenung dalam esbok. Kesian kat dia.. kalau dah menopos kang lg haru.. Jadi merajinkan diri buat kek chiffon oren. ^__^

Ni la gara2 tak sabar nak ngap, kek yg tak cukup sejuk dah dipotong.. ^___^

Resipi ORANGE CHIFFON CHEESECAKE ni dah lama save, lepas Lyn goda dengan tayangan amalnya kat fb.. Pantang org tayang kek chiffon, mmg terus jer tergoda. (kalau org tayang emas sekerat lengan tak minat pulak hehehe). Bila time nak buat kek ni, K.Nor gi la perah buah oren tu. Tapi bila masa menggodek kek, ehh tak guna la pulak jus oren.. Alang2 dah perah, K.Nor sukat 50 ml dan masukkan jugak dalam adunan.. Alhamdulillah.. kek yg dihasilkan tak terjejas.. Tekstur kek jd lebih moist dan lebih harum bau oren.. Memang syok abis.. (part derkaha kat resipi mmg payah nak elak..  dah lekat tabiat org kata haha)

Tq Lyn, K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. K.Nor buat 1 1/2 adunan dari resipi asal dan yg warna purple yg K.Nor dah ejjas tu.. 

ORANGE CHIFFON CHEESECAKE
resipi : AlexGoh
sumber : Evelyn dan K.Nor

Bahan2nya:
A
40g cream cheese ~ 60gm
60g susu segar ~ 90gm
25g butter ~ 38gm

B
65g tepung gandum ~105gm

C
4 biji kuning telur ~ 6bj
1 biji parutan kulit oren, optional
50ml jus oren

D
4 biji putih telur ~ 6bj
100g gula kaster ~150gm
Secubit garam, saya tak letak
1/8 sk cream of tartar ~ 1 sk perahan lemon/limau nipis

Cara2 membuatnya:
1. Masak bahan A atas double boiler hingga cair & pekat.
2. Alihkan & masukkan bahan B, gaul rata.
3. Masukkan bahan C, gaul lagi.
4. Kemudian, pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan adunan (langkah 3 ) tadi hingga sebati.
5. Tuang kedalam loyang chiffon bersaiz 9' (loyang 10"). Jangan griskan loyang.
6. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit (60min). Segera terbalikkan loyang apabila kek sudah masak & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.


Friday, September 12, 2014

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat penuh barakah.. Semoga kita semua sentiasa rahmat dan keberkataNya.. amiin...


Menu kali ni, puding lak ya.. Resipi yg dah pernah post lama dulu, kiranya ulang tayang aje la ni ya.. ^___^

PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.