f Secubit Garam: DAGING DENDENG PANDAN

N3 Terkini

Thursday, July 10, 2014

DAGING DENDENG PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sebut tentang Daging Dendeng, teringat suatu masa dulu K.Nor pernah masak menu Ayam Dendeng. Masa tu, dah abis SPM. Dah tak ada rezeki nak masuk menara gading, duk rumah belajar masak2 jer la. Dah lupa dapat dari mana resipi Ayam Dendeng tu, kalau tak silap dari rancangan masakan kat tv kut. Arwah ayah K.Nor suka sgt makan Ayam Dendeng ni. Walaupun renyah nak membuatnya, tapi bila org makan dgn berselera mmg cukup puas hati kan..

Cara masaknya pun lebih kurang dgn Daging Dendeng, yg mana ayam perlu direbus dahulu, kemudian diketuk sekadar pecah2 jer. Pastu digoreng kejap dan lepas tu baru dibuat sambal atau bumbunya.. Memang sedap.. Nanti la kalau berkesempatan atau kalau angin ghajen datang, K.Nor try balik buat menu tu dan post kat dapur alam maya ni :)


Berbalik pada menu kali ni, Daging Dendeng Pandan oleh Ummi Zaihadi.. memang syok layan masakan ni.. Menyelerakan, tambah lagi pekena dgn nasi putih panas2.. Ratah aje lagi la sedap hehe...K.Nor cuma buat separuh jer dr resipi di bawah ni. Almaklum ler.. yg makannya hanya 2 mulut aje.. Yer la.. zaman kembali berdua ni.. Kalau time weekend baru meriah sikit kalau anak2 dan menantu balik :)

DAGING DENDENG PANDAN
resepi: Ummi @ Home Sweet Home
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.


6 comments:

  1. Tqqq sudi try ya Nor....citarasa boleh adjust ikut tekak je pun...hehe.. Ummi penah jgk buat dgn ayam...tp bila masak dendeng, diaorg suka daging lg... :))

    ReplyDelete
  2. salam kak nor,
    nita pon dah cuba resepi ni , mmg sedap bangetttlah!

    ReplyDelete
  3. Kak nor..simpan buat esok resipi ni....ri ni suami berbuka kt sek dia sambut tpm huhu..semua dlm pinggan k.nor mengoda rasa

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nor,
    Bulan Ramadhan baru nk cari resepi. Terjumpa blog Kak Nor. Byknyer resepi! I likeee :)

    ReplyDelete
  5. akak pun nak try jugak mesti sedap ni sbb komen dari yg telah cuba memberansangkan macam nak try malam ni je

    ReplyDelete
  6. Assalam Nor,
    wah kalau nak cuba kena adjust sukatan gula dan kicap manis tukan..
    nampak sedap sangat dendeng ni...:)

    ReplyDelete