f Secubit Garam: OREO CHEESE DELIGHT

N3 Terkini

Tuesday, July 8, 2014

OREO CHEESE DELIGHT

ASSALAMUALAIKUM..

Sekali lg menu berkait dgn cheese. Memang antu cheese nih.. :)

Weekend baru2 ni duk verangan nak buat dessert yg ada cheese. Kebetulan Along dan isteri dia serta Naim ada balik, so si tukang masak merajinkan diri menggodek demi nak melepaskan gian nak mendessert.. Kalau buat time berdua jer dgn cik abe mana syok, nanti sapa nak tulun perabiskan. Bila anak2 ada ni, lain citernya kan.. Lagipun, time menantu ada ni la nak membuli dia hehee.. Tak ada la.. tak buli pun, ajak dia bantu jer.. Lagipun dia suka jer bantu K.Nor memasak atau mendessert, sekurangnya dia dpt belajar dlm masa yg sama.. Tak gitu :)


Sambil bukak entri dessert yg lepas2, K.Nor cuba combinekan resipi lain hasil dari kerja menggoogle. Alhamdulillah.. lahir satu resipi yg menggunakan bahan asasnya biskut oreo, cream cheese dan whipping cream. Rasanya seakan oreo chilled cheesecake. K.Nor tak buat sebiji yg besar tapi gunakan gelas2 comel yg saiznya besar sedikit dr biskut oreo dan kebetulan ada lebihan adunan cheese, K.Nor gunakan dessert cup. Bila buat dlm bekas kecik2 gini, senang nak makan, tak perlu potong2..


Bagi penggemar Oreo Cheesecake atau dessert yg berkait dgn cheese, jom cuba resipi mudah ni.. Insyaallah, saaaaaaaaaaangat sedap ^____^


OREO CHEESE DELIGHT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 - 2 pek biskut Oreo (asingkan 3 keping utk dikisar)
250gm cream cheese
40gm gula castor
250gm non dairy whipping cream
12gm serbuk gelatin ~ k.nor guna halalgel  
50ml air panas
1 sk jus lemon (boleh gantikan dgn lemon paste)
1 cawan susu segar ~ panaskan sebentar

Cara:
Masukkan gelatin kedalam mangkuk berisi air panas. Kacau sebati dan biarkan kembang.
(Sekiranya masih ada ketulan bolehlah dipanaskan sekejap dgn kaedah double boil)
Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan.
Pukul pula cream cheese bersama gula castor dlm mangkuk berasingan hingga gebu.
Masukkan gelatin dan juga jus lemon.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan whipping cream yg dah dipukul tadi kedalam adunan cheese.
Gaul dengan spatula sehingga keduanya sebati.

Cara assemble :
Masukkan adunan cheese kedalam piping bag.
Paipkan sedikit adunan ke dalam gelas/mangkuk.
Celupkan sekejap oreo ke dalam susu fresh (jgn celup terlalu lama nanti biskut menjadi lembik) dan letakkan di atas adunan cheese tadi.
Paipkan kembali adunan cheese di atas biskut oreo dan ulang sekali lg step sebelumnya.
Ikutlah nak buat berapa layer yg disukai, mengikut kesesuaian gelas/mangkuk yg digunakan.
Buat sehingga habis.

Hiasan:
Ambil 3 keping biskut oreo dan buangkan cream yg ditengahnya.
Kisar dlm pengisar kering hingga halus.
Taburkan di atas Oreo Cheese Delight yg telah siap tadi dan sejukkan dlm peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan.

nota:
1. cream cheese : boleh guna philadelphia (kraf) atau tatura
2. 12gm serbuk gelatin lebih kurang 1 1/2 sudu besar (gunakan sudu metrik ya)
3. susu segar boleh digantikan dgn susu tepung yg dibancuh dengan air suam 


5 comments:

  1. salam kak nor....baru je lieza nak melangkah keluar pintu dari dapur kak nor..tup tup ada hidangan menu baru pulak....sedapnya kak nor dessert nih..tp sini nak cari gelatin susah sikit tak pernah nampak yg tanpa was was.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum knor..selamat berpuasa dan tentunya sedap dijadikan juadah berbuka puasa...=)

    ReplyDelete
  3. rasa sejukkkk je kat tekak ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam kak nor..
    nampak sedap tu...agak2 rasanya lebih kurang tiramisu yer kak nor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mungkin berbeza sket dr tiramisu sbb biasanya tiramisu menggunakan biskut ladyfingers kan..yg ni guna oreo.. rasa yg ni seakan chilled oreo cheesecake..

      tp maybe boleh kata, lebih kurang sepupu sepapat gak kut hehe

      Delete