f Secubit Garam: CHEWY CHEESE BALL

N3 Terkini

Friday, July 4, 2014

CHEWY CHEESE BALL

ASSALAMUALAIKUM..

CHEWY CHESSE BALL ni mmg agak hot di fb akhir tahun lepas. K.Nor tak ketinggalan utk sama2 menerai resipi dari Sally Rashid ni. Biarlah dikatakan dah basi baru nak upload kat blog. Nak buat camana, tempoh berhibernate dulu tu agak panjang. Kalau tak dipost kat blog, nanti bila nak buat lagi mula la meraban cari balik resipi. Kalau dah dipostkan kan sini, mudah nak refer kan. Lagipun, ianya juga boleh dijadikan menu utk berbuka. Anak2 pasti suka dpt berbuka dgn cheese ball ni.


Anak2 K.Nor mmg suka dgn rasa Chewy Cheese Ball ni. K.Nor buat aritu dpt agak banyak, jd K.Nor frozenkan. Jadi bila Luqman balik bercuti hujung minggu dr asrama, senang aje, boleh terus goreng dan hidangkan pada dia. Mudah kerja kan :)


Ucapan terima kasih buat Sally Rashid (atau nama glamer K.Ton comel hehe) yg sudi berkongsi resipi. Memang Sally ni tak loket ilmu, cukup senang berkawan dgn dia...

CHEWY CHEESE BALL
resipi : Sally Rashid
sumber : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan : 
350g ubi kentang
250g tepung gandum
250g cheddar cheese (potong dadu kecil2) - boleh guna jenama kraft
1/2 sdt serbuk lada putih
sedikit garam halus
1/2 sdt serbuk pati ayam
Serbuk roti
3 biji telur

Cara:
Rebus kentang. toskan. Lenyek
Masukkan serbuk lada, garam, pati ayam.
Masukkan tepung dan uli sebati
Ambil sedikit adunan..masukkan cheese kat tengah dan tutup. bulatkan kecil2 dan comel2.
Kalau adunan melekat pada tangan...sapukan sedikit tepung gandum
Celupkan dalam telur...kemudian salutkan dgn serbuk roti.
Goreng api perlahan sehingga berwarna keemasan.
(kalau api kuat...luar hangus tapi cheese kat dalam tak sempat nak cair)

* tip dr k.nor
- masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum (jgn letak kesemua sekaligus, ) dan uli
-bila adunan dah tak melekat di tangan, boleh la stop masukkan tepung gandum (kalau doh terlalu keras nanti cheese ball agak keras bila dimakan)
- teruskan kepada proses meletakkan cheese dan bulatkan.



12 comments:

  1. K nor,

    Dalam resepi tak de tulis tepung ubi kentang? tepung gandum je...ke...saya yg rabun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori2.. sedikit kesilapan td.. dah k.nor perbetulkan.. mekasih :)

      Delete
  2. fuh...sedap nampaknya knor..dah copy paste resepi tu...mcm nk buat je..
    menabung tuk knor .. :)

    ReplyDelete
  3. kak nor, nak Tanya sikit, chewy cheese ball ni sesuai dimakan dengan sos apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pd selera masing2 nk mkn dgn sos apa.. sos cili, sos thousand island, mayonis..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor...ni dah dtg kunjung lagi nih...tp umah lain lieza masuk ni...ada ke yg seketoi lieza booking tu....
    Kak Norrrr ohhh kak norrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... hehe lambat sgt dtg amik yg booking, dah kena ngap pun lieza :)

      Delete
  6. Sally Samsaiman pulak singgah pinjam resepi ye..hihihi :D

    ReplyDelete