f Secubit Garam: KARIPAP INTI KELEDEK ROS

Friday, September 26, 2014

KARIPAP INTI KELEDEK ROS

ASSALAMUALAIKUM..

Dari menu mata biru kita balik ke menu mata hitam/perang ya.. ^___^ Karipap.. sapa tak suka karipap.. rugi la org tu kan.. hehe Memang kuih lama yg tak pernah jemu dimakan. Bertambah enaknya karipap bila intinya sedap dan tak kurang juga bila crustnya rangup.. Tak kisah pun bab yg crust/kulitnya jenis biasa maupun yg berpusar/berlapis. Janji rangup.. kan :)


Kali ni K.Nor mencuba resipi crust/kulit karipap dari dapur Ros JintanManis. Untuk intinya K.Nor tak guna resipi inti keledek Ros tp K.Nor guna inti yg selalu K.Nor buat. K.Nor lebih suka inti daging.. Inti daging yg K.Nor guna tu, boleh digunakan sbg inti dlm pelbagai resipi lain spt pau, puff dan lain2.. Terpulang pd kreativiti masing2 ya..

Klim karipap versi org terlebih rajin.. hehe

Izinkan K.Nor share resipi Karipap Inti Keledek Ros kat sini ya.. Tq :)


KARIPAP INTI KELEDEK ROS
resipi : Ros JintanManis
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

INTI DAGING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 paket daging kisar~ k.nor guna ramly's brand
2 labu bawang besar ~ didadu kecil
2 biji kentang (saiz besar) ~ didadu kecil
2 - 3 sudu besar cii mesin
2 sudu besar rempah gulai ~ boleh guna rempah gulai kawah/kerutup
2 keping asam keping
1  cawan air
garam dan gula
minyak

Cara:
Basuh sedikit daging kisar dan toskan.
Panaskan minyak dan masukkan cili kisar.
Tumis hingga cili garing dan rempah yg dibancuh dgn sedikit air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar, kentang dan daging kisar.
Goreng hingga daging mengeluarkan airnya.
Masukkan asam keping dan air. Kacau.
Renihkan dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila inti hampir kering, padamkan api.
Sejukkan dan bolehlah digunakan.

*Jangan biarkan inti terlalu kering, biar lembab2 sket sbb nanti bila inti dah sejuk ia akan lebih mengering.
** Inti daging ni boleh digunakan dlm pelbagai juadah lain spt pau, puff, bun roti, dadar berinti dan lain2 lagi..