f Secubit Garam: Aiskrim Goreng

N3 Terkini

Friday, January 14, 2011

Aiskrim Goreng

Huummmmm... malam2 layan eskrim, tak per kan! Bukan eskrim biasa ni... Aiskrim Goreng.. Dulu2 tak terfikir langsung camna la dia org buat aiskrim goreng. Dlm hati duk kata, mustahil aiskrim boleh digoreng. Masa dulu2 kan, kat Motel Desa yg mula2 popularkan Aiskrim Goreng ni. Pastu mula la merebak ke warung makan kat area Pantai Batu Buruk. Sikit pun tak terlintas nak mencuba buat sbb tak tau resipi atau kaedah nak buat Aiskrim Goreng. Alhamdulillah, sejak dah menjerumuskan diri dlm alam blogging ni, dpt la ilmu tambahan tiap2 hari termasuk camna nak buat Aiskrim Goreng. Rasanya ni dah kali ke 4 buat selepas mula2 dulu pernah tayang kat SINI. Yg lain2 tu tak snap jer. Kali ni rasa nak snap sbb kejadiannya yg lebih cantik. Jom layan Eskrim Goreng.

masih gunakan eskrim pelangi ler..
sama cam dulu punya.. hehe


AISKRIM GORENG by Lina Pg
sumber: Ina@Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak

Cara-cara:
1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak

24 comments:

  1. alalaaaa...mengiurkan la kak nor roti eskrem tu...tp saya tak de acuan tu...cane..?? terbantut

    ReplyDelete
  2. kak nur--
    ayu kan..satu hari nak ke terengganu nak rasa air tanganmu..
    heheheh
    kak..anak kak dah balik jordan>>>

    ReplyDelete
  3. knp kena simpan dlm freezer 3 jam ehh??

    ReplyDelete
  4. hani >> boleh aje buat kalau tak ada acu tu.. try guna gelas yg luas mulutnya atau guna pie cutter pun boleh.. biasanya pie cutter ni berlekuk2 tepi tu, lagi cantik bila siap nanti.. jgn lupa tekan2 sket hujung roti tu, biar eskrim tak keluar.. try la..

    ayu >> erkkk.. tokey restoran nak rasa air tangan k.nor la pulak! nanti k.nor gi johor, k.nor cari restoran ayu k.. insyaallah :)

    anak k.nor masih ada lg ni tp esok nak ke shah alam seminggu :)

    syeeda >> masa kita buat tu kan, aiskrim mula nak mencair. so bila kita dah siap buat satu2 tu , kena masukkan balik dlm freezer biar eskrim tu beku balik dan roti pun jd keras. nanti bila dah nak goreng, panaskan betul2 minyak dan keluarkan satu persatu roti eskrim tu dan terus goreng. kejap jer bila dah brown, terus angkat dan serve. bila kita bekukan roti tu, baru crunchy roti tu nanti.. slmt mencuba

    ReplyDelete
  5. Kak nor, saya dtng lagi...nk mkn ais cream ni lak...hehe sedapnya nengok colour ice cream yg lawa ni....btw tq kak ambik award tadi...tak yah buat tag.akak copy jer semua pastu akak tag jer 5 org..ok..:)

    ReplyDelete
  6. my fevret..huhu
    kak,nk buat bulat 2,cmne ek acuannya?

    ReplyDelete
  7. selalu beli dkt pasar...
    skrg da tau cmne nk wat
    huhu
    thanx kak nor

    ReplyDelete
  8. nieza >> ok2 noted.. tq... nah amik eskrim goreng satu, makan elok2 ya.. :)

    pearl jade >> try la buat, mudah jer.. cuma amik masa sket.sbb lepas buat kena bekukan balik. so sebaiknya buat mlm2.. pastu tghari/ptg tu dah boleh goreng.

    cuba cari acuan org buat benjo tu.. boleh guna yg tu gak :)

    ReplyDelete
  9. Alahai kak nor!terliur plk tgk eskrem goreng kak nor ni..kene cuba buat nih! :)

    ReplyDelete
  10. salam kaknor terliuq la plak tgk eskrim goreng kaknor ni, lama dh xwat ni..tq ya kaknor sudi wat rcp ni.saya amat berbesar hati bila sifu cam kaknor cuba rcp sy

    ReplyDelete
  11. baru tau camner roti ice cream ni.. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  12. mummiey >> buat ya.. mudah jer.. :)

    lina >> salam lina, haa ni tuan resipi dah datang hehe... alaa mana ada k.nor ni sifu.. masih belajar lg nih.. kita ni lebih kurang jer :)

    amylia >> try la buat ya amylia..

    ReplyDelete
  13. salam kak!!

    OMG,Teruja btl tgk pelangi :)

    ReplyDelete
  14. pia >> salam pia.. haa tu la, kebetulan baru jer lepas hujan renyai2 ni, pelangi pun keluar la kat dlm eskrim tu.. hehe

    ReplyDelete
  15. salam..k.nor
    kalau kte x guna acuan x bleh ke??
    n lagi satu,minyak guna byk ke?

    ReplyDelete
  16. tnye skit , knpe ea roti 2 jd pech bLew kte tekan/bntuk kn dy ??

    ReplyDelete
  17. eyza >> mungkin roti tu dah agak keras kut.. cuba buat dgn roti baru beli.. dia masih lembut lagi .. k.nor pun pernah kena gitu gak bila buat dgn roti yg dah beberapa hari.. so kalau nak buat cuba buat dng roti yg baru.. slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  18. anonymous >> sila tinggalkan nama lain kali ya.. senang sket boleht au sapa yg bertanya..

    kalau tak guna acuan payah nak tekan dan roti tu pun payah nak melekap. mmg sebaiknya guna acuan la supaya kemas elok jer hujung roti tu

    minyak tu tak la perlu banyak sgt.. tp kalau nak goreng deepfry lagi bagus

    ReplyDelete
  19. kenapa bila saya goreng aiskrimnya jadi cair.. tak mcm gambar yg saya tengok ni.. keras je

    ReplyDelete
  20. zamriema >> nak tanya... lepas buat tu, simpan balik tak dlm freezer? kena simpan balik utk paling kurang 2 - 3 jam, utk pastikan aiskrim tu dah pejal balik dan roti pun dah membeku

    2. minyak dah cukup panas tak? kalau minyak tak panas, akan amik masa nak goreng roti bg garing. bila masa yg lama diambil, aiskrim akan start cair.. kalau ikutkan bila kita panaskan betul2 dah minyak, kita perlu goreng kejap jer sbb roti tu cepat garing..

    cuba lagi ya.. ingat tau, nak goreng baru keluarkan roti dr freezer.. jgn keluar awal2

    ReplyDelete
  21. SALAM..KAK NOR...KALAU GUNE ACUAN KARIPAP BOLEH XAGAK2NYE...HUHUHU

    ReplyDelete
  22. anonymous >> sila tinggalkan nama lain kali ya..

    kalau acuan karipap boleh kut tp kecik la dan tk jd bulat

    ReplyDelete
  23. Kak Nor, roti tu perlu digelek dlu dgn rolling pin ke supaya tak serap minyak masa menggoreng? Or just biarKan begitu sblm dicantumkan dgn aiskrim n ditekap..?

    ReplyDelete
  24. feddy >> tak perlu gelek.. buat terus jer. insyaallah tak serap minyak sbb masa kita goreng tu roti tu dlm keadaan beku dan kita goreng dlm minyak yg panas. insyaallah kejap jer dah garing.. jgn goreng lama (sampai cam hangus, brown jer dah boleh angkat dan cepat2 ngap hehe)

    yg penting kena masukkan dlm freezer biar dia kejung lama sket dlm tu. seeloknya la, kalau nak makan esok, mlm ni dah buat atau nak makan petang, pagi tu dh siap buat.. slmt mencuba ya..

    ReplyDelete