f Secubit Garam: Daging Black Pepper & Ikan Patin Goreng

N3 Terkini

Saturday, January 8, 2011

Daging Black Pepper & Ikan Patin Goreng

Menu ringkas arini tp amat menyelerakan. Salah satu menu top ten bg anak2 dan cik abg. Biasanya K.Nor guna daging batang pinang kalau nak masak Daging Black Pepper ni. Kalau nak guna daging biasa pun boleh tp disarankan rebus dulu hingga empuk.


DAGING BLACK PEPPER
resipi : K.Nor @SecubitGaram

500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
minyak utk menggoreng

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.



Ni pula ikan patin goreng. Along kalau ikan patin dia suka goreng stail biasa2 gini jer. Part lemak ikan tu jgn dibuang, tu la pebret dia :)

8 comments:

  1. kak nor,mesti bertmbh naik bdn along sebab maknya masak sedap2..he..he..
    terliurnya tengok daging tu...sedappp..
    ikan patin goreng tu memang sedap, mas selalunya goreng garing patin tu dan buatkan sambal kering....perhhh..memang sedapp..

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...kecur tgk..semuanyr sedap!

    ReplyDelete
  3. salam kak
    kalau ibu yg penyayang mcm akak

    semua menu akan jadi top list :)

    ReplyDelete
  4. nice blog..berziarah di sini

    ReplyDelete
  5. Nor, ikan patin ni kalau dibuat asam pedas sedap kan. Tapi suami sy ikan2 sungai ni memang tak makan langsung, sy ngan anak2 je yg suka.

    ReplyDelete
  6. mas >> mas, dia dah target nak naikkan 3kg masa balik ni.. hehee

    selain goreng garing gini, k.nor suka buat stim dgn ikan patin.. sedap :)

    del >> salam del.. mmg sedap nih.. :)

    pia >> salam pia.. biasa la pia. masa dia ada ni la nak penuhi selera makan dia :)

    ReplyDelete
  7. eina >> hehee.. dah banyak ke tertelan air liur.. sabo2 hehe

    sal >> tq sal..

    aidah >> biasa la tu k.aidah.. ramai yg tak suka ikan darat/sungai ni.. nor dulu pun tak pernah makan. bila jd isteri cik abg ni, kena masak gak sbb dia suka.. last2 dgn nor sekali makan hehe

    ReplyDelete