f Secubit Garam: Macam2 Ada....

Sunday, January 2, 2011

Macam2 Ada....

Salam semua..

Pagi ni nak tayang pelbagai versi roti yg boleh dihasilkan dgn satu doh. K.Nor mmg suka pelbagaikan bentuk, sama cam Yani Deco Choco tu.. hehe.. Kali ni masih guna resipi Basic Sweet Dough. Memang suka guna resipi ni, lembut dan gebus jer roti yg dihasilkan bila menggunakan Water Roux. Tak perlu letak bread improver maupun bread softener. Ros JintanManis, si tokey roti pun banyak hasilkan resipi roti yg diletakkan water roux dlm adunan doh. Memang puas hati kan Ros dgn kelembutan dan kegebuan roti2 yg dihasilkan.

Bagi yg nak mencuba Basic Dough ni, boleh lah tengok kat SINI atau kat SINI. Pastu buat la apa2 bentuk dgn roti tu, nak tocang/pintal ke, nak buat bun kosong pun boleh sbb doh ni dah manis. Kalau nak letak inti dlm bun tu boleh la kurangkan sket sukatan gula. Dan kalau nak buat stail yg K.Nor buat ni pun boleh. Antaranya.............

Custard Bun & Sosej Roll

Cheesy Flower Bun & Cheesy Stick


Sila abaikan ya ghupa sosej roll ku yg gelap tu.. duk ralit selongkar dapur mencari bijan sampai roti hampir nak hangus.. Nasib baik bahagian atas jer yg gelap, roti tetap maintain gebus dan sedap. Sejurus selepas posing, terus hilang dibawa ke sistem pencernaan hehe