f Secubit Garam: Mee Bandung

N3 Terkini

Saturday, January 22, 2011

Mee Bandung

Mee Bandung, sapa tak suka makan kan.. Ada macam2 versi Mee Bandung tp yg pastinya Mee Bandung bukan berasal dari Bandung. Opss satu lg Sirap Bandung pun tak berasal dr Bandung gak kan.. hehe.. Yg pastinya Mee Bandung mmg sedap.


Dah banyak resipi Mee Bandung yg K.Nor cuba tp bg anak tekak K.Nor sekeluarga, Mee Bandung Dagang ni gak yg jadi pilihan. Bukan kata resipi2 lain tu tak sedap, kang majuk pulak tuan2 resipi Mee Bandung lain. Cuma yg ni jd pilihan tiap kali nak makan Mee Bandung.

Kalau ikutkan resipi Dagang ni, sukatannya tak dinyatakan secara detail. Jadi kena la pandai agak2. Kali ni K.Nor letak sukatan yg K.Nor buat semalam. Bukan nak memandai2, bukan nak mengaku resipi org lain jd resipi K.Nor ya.. Jangan salah faham. Apa yg K.Nor buat ni bukan aje utk memudahkan org lain nak cuba tp juga sebagai rujukan K.Nor dilain waktu jika nak buat lg paste dia tu.. Harap tuan asal resipi, Dagang MyR tak marah ya... K.Nor sekadar berkongsi apa yg K.Nor buat jer.. Sapa2 yg nak tau dan nak cuba dgn resipi asal Dagang, boleh klik kat SINI. Dan tak ada paksaan bg sesiapa nak cuba versi yg mana satu.. Terpulanglah pada citarasa masing2...


MEE BANDUNG K.Nor Style (diolah dr Mee Bandung Dagang MyR)

bahan2 utk paste:
7 sudu besar cili mesin
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
100 gm udang kering * (*diblend)
1 cawan air
1 sudu besar garam halus
2 sudu besar gula
minyak

Panaskan minyak (minyak kena lebih sket sbb udang kering nanti akan menyerap minyak)
Masukkan cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Kacau goreng hingga pekat dan masukkan air.
Biarkan merenih dgn api sederhana perlahan.
Bila tumisan hampir kering/pekat masukkan garam dan gula.
Masak hingga menjadi paste/pecah minyak.
Ketepikan.

~~~~~~~~~~~~

Utk membuat Mee Bandung
bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 - 5 sudu besar paste (bergantung pd kepekatan yg diperlukan)
daging ~ dihiris nipis
udang ~ optional
air secukupnya
telur ~ bergantung pd berapa org nak makan
sawi
2 - 3 kpg tauhu ~ digoreng dan dihiris
limau kasturi/limau nipis
minyak

bahan taburan:
bawang goreng
daun sup ~ dihiris
cili merah ~ dihiris

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan daging dan biarkan daging keluar air dan sedikit mengecut.
Masukkan paste dan kacau. Biarkan seketika supaya paste td meresap ke daging.
Masukkan air secukupnya (seeloknya guna air baru mendidih supaya kuah lebih cepat masak)
Bila kuah dah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji.
Biarkan hingga telur masak ( kalau nak separuh masak pun boleh, terpulang la..)
Angkat telur dan ketepikan.
Teruskan masak kuah dan masukkan udang, mee,dan sawi.
Masak hingga mee sedikit masak dan tidak terlalu lembik.
Hidangkan kedalam mangkuk.
Susun tauhu, limau kasturi dan tabur dgn bahan taburan
Sedia utk dinikmati...

8 comments:

  1. kak nor, mas pernah buat mee bandung dagang...memang best....
    terliur lak pepagi ni tngok mee bandung akak ni...

    ReplyDelete
  2. salam kak nor....ceq mai dari penang ni nak makan mee bandung dagang tu...bak sepinggan...teliuqqqqqqqq ni

    ReplyDelete
  3. salam...
    tu dia.......
    k.nur...terliurnya ayu tegok...

    ReplyDelete
  4. Hi K. Nor, I have not eaten mee Bandung more than 25 years. And yours look really delicious.
    By the way, it would be nice if you could make your pictures bigger....?
    Your food very nice to see.....nak tengok the whole plate, ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  5. salam kak,

    kawan saya pernah bercuti ke bandung... die kate orang di bandung tak tahu pun akan kewujudan mee bandung or air sirap bandung, hehehe...

    leh wat kajian ni dr mana dtg nama bandung tu, hehehe...

    wah, kak ayu citarasa rinduan yg tokeh mee bandung pun dok terliur lagi yer, hehehe...

    ReplyDelete
  6. sedapnye....!!!
    tak penah buat sendiirik..asek order kat kdai aje..wahahahha....

    ReplyDelete
  7. mas >> betul kan mas, mmg sedap mee bandung dagang ni.. selera kita serupaaaaaaaaaa :)

    putera2puteri >> wahh ieta.. datang jauh2 nak mee bandung ya.. sori la.. dah licin :)

    ayu >> ayu tokey mee bandung rupanya ya.. nanti k.nor gi serbu citrasa rinduan nak rasa mee bandung ayu hehe

    ReplyDelete
  8. uncle lee >> hi uncle lee, fuyyooo! lama tuuu.. why not u ask yr mrs to cook for u the mee bandung using the recipi i've post.. quite yummy tau.. :)

    kalau i letak gambar besar2 nanti kang banyak air liur yg meleleh hhihihi

    arif >> tu pasal la kan arif.. tang mana la keluar mee bandung ni hehe..

    baru k.nor tau ayu tokey mee bandung ingatkan lauk2 panas jer :)

    soo hae daa >> mmg best kalau main order tp kalau masak sendiri laaaaaaaagi best, boleh makan puas2 :)

    ReplyDelete