f Secubit Garam: Ayam Sos Hitam Berampai

N3 Terkini

Tuesday, January 18, 2011

Ayam Sos Hitam Berampai

Menu hari ni, Ayam Sos Hitam Berampai dr Ummi Kuantan.. fuh... berampai tu tp tak ada bunga rampai ya.. Berampai ni sbb ada mcm2 dlm tu. Kiranya lauk complete dah ni bg yg kurang rajin memasak. Ada lauk ayam dan sayur2an. Kiranya cam 2 in 1 la.. hehe..


Masakan ni ada rasa cam lauk kicap gak sbb penggunaan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Silakan bg sapa2 yg nak mencuba tu.. Mintak izin ya Ummi, Nor nak share kat sini pulak.. Mekasih ...

AYAM SOS HITAM BERAMPAI
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dipotong nipis
1 batang serai - diketuk
3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
sedikit air
5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg. ~ k.nor guna kacang buncis
1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
2 biji tomato - belah 4
2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:-
Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
Angkat dan hidangkan.

** K.Nor guna kicap pekat Jalen, kicap ni mmg pekat.

7 comments:

  1. Salam Nor...waaaah semua dah jgkit masak yg hitam2 jek nih..hehee, apapun mmg best la kan...thanks sudi try resepi sempoi ni Nor...muaahh!

    ReplyDelete
  2. dtg sini nak ambik ayam hitam..hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak nor..sedappp..sgt suka mskan bkicap ni..senang plk tu :)

    ReplyDelete
  4. looor cepat2 kita datang ingat ade bunge rampai, kot2 ade org nak terima menantu!!
    menarik nampak chiken tuh...masuk buku tiga lima duluk!

    ReplyDelete
  5. Waaa menarik ni. K nor copy masuk list ye.

    ReplyDelete
  6. salam semua..

    ummi >> hitam2 sitampuk manis, makin ku tenung makin bertambah manis.. erkk.. masakan tak manis ya.. masin pun tak sbb nor langsung tak tambah garam.. sedang elok jer rasa masin dr sos2 tu.. maceh ya.. semua anak dan cik abg suka ni.. siap meratah lg :)

    k.anim >> amik jgn tak amik.. :)

    del >> tu la, sbb mudah dan sedap yg akak buat.. lauk 2 in 1 ni.. lagi syok buat tak yah masak lauk sayur dah :)

    mokwo >> amboi.. amboii.. tak sabar dia nak terima menantu ya.. hihiii.. dah sampai kulit tak buku 555 tu? hehe

    sam >> silakan mengcopy, jgn tak buat dah ya.. :)

    ReplyDelete
  7. salam kak

    hitam manis,ade kena mengena kah?ish2 ntah hape2 komen

    ReplyDelete