f Secubit Garam: Roti Tocang Dgn Cheese

N3 Terkini

Sunday, August 2, 2009

Roti Tocang Dgn Cheese

Okey Ina, ni kaedah mentocang atau dlm bahasa ganu jalin. Cara buat roti tocang ni K.Nor perhatikan pekerja bakeri kat KB Mall masa dia org duk buat tu. Masa dia org buat tu, K.Nor record jer dlm mind dan balik rumah try praktikkan dgn tali. Mula2 tu payah gak nak recall balik camna dia org buat, tp lepas duk try dgn doh roti sebenar baru la menjadi.. alhamdulillah.. Tak sia2 skodeng pekerja bakeri aritu :)

Sori la ya.. gambar2 kurang clear. Sebelah tangan menyilang roti, sebelah kiri snap gambo. Tak leh nak guna khidmat abg kamera sbb dia ada urusan shooting gambar gak kat UMT.

Mula2 gentel 3 ketul doh sama berat kepada bentuk panjang gini. Jgn terlalu halus, hasilnya tak cantik nanti

Letakkan yg belah kanan keatas yg tengah dalam keadaan menyilang.

Letakkan pulak yg belah kiri menindih atas yg disilangkan td.

Lepas tu amik yg sebelah kanan sekali dan silang balik ke tengah2.

Ulang lagi step dgn yg tepi kiri dan silangkan ke tengah.

Kaedah tocang ni sentiasa menyilang yg sebelah tepi, angkat dan silangkan ke tengah.

Buatlah sampai ke hujung doh dan picit doh utk kemaskan supaya tak terburai/tercabut.

Terbalikkan/telangkupkan doh supaya bahagian bawah pulak duk kat atas.

Kali ni mulakan dgn menyilang doh yg sebelah kiri dulu ke tengah.

Teruskan mengulang step 4, 5 dan 6. Last sekali picit hujung doh utkmengemaskan jalinan.

Setelah selesai, gelek sket doh yg dah ditocang dgn tangan supaya roti tocang lebih kemas. Letakkan dlm loyang dan biarkan naik 2x ganda. Lepas tu taburkan dgn cheese yg diparut dan gula castor atau gula pasir. Bakar sehingga masak.

Ina, slmt mencuba!

4 comments:

  1. oowwwhhhhhhhhh (besooo mulut nganga nih!) gtu ghupernyerr!! mmg len pesen ngan yg kita buat! muahahahaha... mekacih k.norrrrrrrrr!!! mmuahhhh!!! bakal dcoba! tunggguuuuuuuuuuuu!! yuhuuuuuuuuuuuu!!

    ReplyDelete
  2. in >> ish.. tutup mulut, masuk lalat kang! jgn tak buat tau...

    ReplyDelete
  3. nak jiran dgn akak ler, bole dapat rasa masakan akak he he he

    ReplyDelete
  4. danishahumaira >> sowi.. tak ada rumah kosong dah hehe

    ReplyDelete