f Secubit Garam: Makaroni Goreng

N3 Terkini

Sunday, August 16, 2009

Makaroni Goreng

Justify FullMenu sempoi utk dinner malam ni, makaroni goreng jer. Cik Abg masih kat belum balik lg. Tadi dia call masih ada kat Dungun, kes ada member2 foto ajak makan2. Dia sebenarnya ke Kemaman awal2 pagi tadi atas tugasan terbaru oleh Yayasan Diraja Tuanku Mizan utk mengambil gambar2 berkaitan kraftangan tradisional negeri Terengganu.

Kalau nak ikutkan kemalasan yg melanda, rasa nak relek jer arini dr memasak. Tapi kesian lak kat anak2 kan kelaparan lak. Niat awalnya nak mintak cik abg tapau jer dinner tp dah maghrib td dia call masih tersekat kat Dungun, nak tak nak kena la panaskan kuali gak. Masak jer la apa aje yg ringkas2. Aisyah bukan main suka lg bila tengok K.Nor goreng makaroni ni. Ni salah satu pebret anak dara tu.

Layan jer la gambar yg tak cun tu ya.. :)

Utk Nora .......

Makaroni Goreng

250gm makaroni ~ direbus hingga lembut dan toskan
isi ayam ~ boleh gak guna udang atau daging
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 sudu besar cili mesin ~ lebihkan kalau nak lebih pedas
1 labu bawang besar ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu kicap manis
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
1 biji telur
air panas secukupnya
sedikit serbuk pati ayam
sayur2 spt carrot, sawi atau kobis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yg diketuk hingga wangi dan masukkan isi ayam. Goreng hingga ayam bertukar menjadi warna putih.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng hingga sedikit kering dan masukkan 1/2 cawan air. Kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, cuka, garam, gula dan serbuk pati ayam.
Biarkan hingga pekat baru dimasukkan air dan masak lah hingga mendidih.
Pecahkan telur kedalam kuali, kacaur dan biarkan sekejap baru masukkan sayur dan serbuk pati ayam.
Masukkan makaroni dan kacau hingga sebati.
Kalau suka basah2 lebihkan sukatan air.

Ni kaedah campak2 jer, tak la sukat sgt. Jadi K.Nor agak2 jer la sukatan tu ya Nora.. Slmt mencuba :)

6 comments:

  1. semlm biras buat makaroni goreng gak. tapau sikit bawak balik umah, so tdy malas ler nk masak.hihi

    ReplyDelete
  2. ain >> sesekali makan makaroni goreng best gak kan, tp kena la buat rempah2 dia tu lebih sket baru best!

    ReplyDelete
  3. Kak Nor, hadiah besday dah amek.. nak amek makaroni goreng plak boleh? hehehe

    ReplyDelete
  4. makroni goreng...simple dan sedap...kan?
    lagi2 yg kak nor punya ni...lg yummy! hihihi...

    ReplyDelete
  5. suzi >> haa... bodek ya... hehe

    ReplyDelete
  6. ijan >> amik gambar aje boleh la ijan, sbb dah abis :)

    ReplyDelete