f Secubit Garam: Telur Dadar Udang

Tuesday, August 25, 2009

Telur Dadar Udang

Satu lagi versi telur dadar. Lagi sedap yg ni berbanding yg pernah K.Nor buat sebelum ni (kat sini). K.Nor ada tengok kat MyR ada yg letak susu cair dalam telur dadar tu. Jadi K.Nor try la kali ni, tapi tak ikut betul2 resipi tu, main letak jer bahan2 yg lain.

Telur Dadar Udang

4 bj telur
isi udang ~ potong kecik
3 sudu besar susu cair
1 bj bawang besar ~ potong dadu
1 bj cili merah ~ potong dadu
daun kucai/daun saderi/daun bawang ~ dihiris
garam
sedikit minyak

Campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak dlm frying pan.
Tuang adunan telur ke dalam frying pan dan goreng hingga masak.