f Secubit Garam: Ayam Goreng Berempah Serai

N3 Terkini

Monday, August 24, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai

Love, K.Nor buat lagi ayam goreng Love ni. Bukan apa, saja nak bg Naim rasa kesedapan ayam goreng Love ni .. hehe K.Nor letak serai lebih supaya lebih banyak kerak yg dpt.. Memang best makan kerak2 nih, Luqman ler yg tukang kutip dlm pinggan tu..

Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
  • 2 inci halia~ ditumbuk
  • 2 batang serai~ ditumbuk
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
  • garam dan aji secukupnye ~ tok aji pun K.Nor tak main :)
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

4 comments:

  1. akak dh buat dah..??plan nak buat gak. ikram anak sy yg no 2, suka ayam2 goreng cam ni.

    ReplyDelete
  2. ain >> mmg sedap ain, cuba lebihkan serai tu, baru banyak dpt kerak

    ReplyDelete
  3. wahhh kak nor... kena buat petang ni jugak
    thanks for d recipes

    ReplyDelete
  4. nur >> try la resipi love ni, mmg sedap :)

    ReplyDelete