f Secubit Garam: Creamy Pudding

N3 Terkini

Saturday, August 22, 2009

Creamy Pudding

Niat di hati nak bercuti sementara dr menghapdet blog rasanya tak kesampaian. Bila di fikir balik, dessert dpt disediakan lebih awal, so dpt la posing kan. Dan utk lauk pauk pun K.Nor rasa K.Nor akan start masak awal sket supaya dpt posing dulu sebelum masuk waktu berbuka. Jadi utk merasmikan majlis buka puasa utk keluarga K.Nor pada 1 Ramadhan 1430H ni, K.Nor buat Creamy Pudding by mem besar MyR.

Sedap tau puding ni, rasa seakan puding karamel. Tp maafkan K.Nor Yani, bg K.Nor yg kurang gemar manis2 ni puding ni agak manis sket la kat karamel dia. Mmg akan ada ulangan lagi puding ni, tp akan dikurangkan sket gula dlm karamel. Apa pun mmg best sampai Luqman habis semangkuk. Cik Abg tak yah cakap la, sampai tak leh nak stop masa hadap puding ni. Tanda sedap la tu.. Thanks Yani. K.Nor mintak izin nak C&P resipi kat sini ya, kang MyR demam lak puasa2 nih hehe...

Creamy Pudding by Yani MyR
  • 2 biji telur ( L size )
  • 300ml susu segar
  • 70g gula
  • 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • #Karamel#
  • 50g gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas

  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
  5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
  7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
  8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.
## K.Nor kukus jer puding ni, sbb menggunakan bekas kaca biasa. Lain la kalau guna pyrex kan..
Mengikut kata Yani, kalau nak kukus pun boleh tp perlu cover dgn foil kat bekas tu, tak nak kasi air menitis dlm puding.

2 comments:

  1. nmpak sedap je. boleh try la nanti utk desert buka!!

    ReplyDelete
  2. ain >> sedap ain, anak k.nor suka sgt, ayah dia laaaaaaaagi la suka hehe

    ReplyDelete