f Secubit Garam: Bendi Goreng Belacan

N3 Terkini

Friday, August 21, 2009

Bendi Goreng Belacan

Bendi Goreng Belacan ni by Dayang Jack. Sori Dayang, td selongkar dapur Dayang nak amik resipi coz MyR ada polis wat roadblock hehe.. K.Nor nak C&P resipi tu kat sini ya..

Bahan-bahan :
  • 7-8 batang bendi (direndam dgn air bergaram. Kemudian dibilas dan dipotong menyerong)
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara : Tumbuk bahan2 bertanda*. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau sebati(30 saat). Padamkan api dan hidangkan.

**boleh tambah kicap/garam jika suka.

No comments:

Post a Comment