f Secubit Garam: Cecahan Telur Rebus 2

N3 Terkini

Wednesday, August 26, 2009

Cecahan Telur Rebus 2

Buat lagi hari ni lauk yg simple tp sedap ni. Ni pun atas request cik abg. Nak buat camna, jd tukang masak gitu la. Masak apa yg org request nak makan , bila licin dimakan nanti hilang la rasa penat tu kan.. Kalau kita masak ikut anak tekak kita jer tak leh gak, kang tak kena dgn anak tekak org lain tak abis lak. Nanti membazir jer, mula la frust menonggeng. Dengan penat lg, tengok masakan yg tak abis satu hal lagi.. Jadi, jalan yg terbaik, tanya apa yg nak di makan. Pastu masak, insyaallah licin..

CECAHAN TELUR REBUS ~ Nam-prik Khai Tom

bahan2:
2 bj telur rebus
5 - 6 biji cili padi merah dan hijau
2 sudu besar udang kering ~ dicincang kasar
5 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh gula pasir

Layur cili api atas frying pan. Carikkan dgn garfu (k.nor hiris2 dgn pisau jer)
Campurkan kesemua bahan2 lain termasuk cili td.
Curahkan atas telur rebus dan sedia dihidangkan.

4 comments:

  1. bila tengok ada perahan limau, terus terliur.hihi

    ReplyDelete
  2. Macam kerabu telur pulak... boleh try gak nie nanti2.hehehe

    ReplyDelete
  3. nak trylah utk berbuka nanti.. ada 2 biji telur rebus tu yg tak sempat nak mkn malam tadi.. kenkonon nak wat sambal telur.. tp tak sempat.. waktu dah nak berbuka.

    ReplyDelete
  4. ain >> mmg la sbb ada rasa masam2 tu, kan

    ijan >> try ijan, mudah jer

    yani >> elok sgt la tu, lagi cepat nak buat kalau dah ada telur rebus

    ReplyDelete