f Secubit Garam: Nekbat Sira

Friday, August 28, 2009

Nekbat Sira

Hari ni K.Nor buat dessert atas permintaan someone special :) Kalau nak tau ni adalah salah satu kuih tradisional Trg. Kat Kelantan pun ada tp versi kaler2. Ada yg kaler merah dan ada yg kaler oren. Tapi kalau yg Trg, tak ada kaler, maintain ori cam warna bahulu tu.

Ni la salah satu dessert kegemaran ke empat2 anak K.Nor. Dari Along sampai la ke Luqman. Kalau buat hari2 pun no problemo. Kuih Nekbat ni pulak tak mcm kuih muih lain boleh atau mudah didapati walaupun bukan bulan Ramadhan. Abis jer Ramadhan, tak nampak la bayang nekbat kat pasar2. Kadang tu tak abis pun lagi Ramadhan dah tak ada org buat jualan dah.

Ni la rupa asal nekbat kering sebelum masuk proses masak dgn air gula. Rupa dia lebih kurang cam bahulu, menggunakan acu kuih cara yg bujur telur sahaja. Tak ada patern lain. Tp rasa nekbat ni sebenarnya tawar jer. Sikit pun tak ada rasa manis. Yang menjadikan dia sedap tu bila kita sira atau masak dgn air gula yg dicampurkan daun pandan hingga nekbat tu kembang. Kecik jer tu kan tp bila dah menyerap air dia kembang 2 - 3 kali ganda.

Bila dah dimasak dgn air gula, kena sejukkan dulu baru la masukkan dlm peti ais. Kena makan sejuk2 baru la best. Ni la kuih yg paling mudah disediakan cuma masak dlm air gula jer dgn kadar gula mengikut kemanisan yg kita sukai.

Utk makluman, K.Nor beli nekbat kering ni kat pasarya, dan bukan K.Nor buat sendiri. Balik rumah baru K.Nor masak dgn air gula.