f Secubit Garam: Kambing Masak Hitam

N3 Terkini

Wednesday, August 19, 2009

Kambing Masak Hitam

Baru2 ni beli tulang rusuk kamben kat pasar tani sbb tau cik abg mmg suka makan kamben. Si anak dara pun suka sgt. Mula plan nak buat gulai tp cik abg kata try buat stail lain lak. Search la si tukang masak kat MyR, terjumpa resipi Kambing Masak Hitam ni. Rasanya ada hari tu nampak Ijan ke sapa ntah dah try resipi ni, kalau tak silap la. Kalau silap ampun ya..

Kambing Masak Hitam
  • 1kg daging kambing
  • *1 sudu teh jintan manis
  • *1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
  • *2 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
  • *5 kuntum bunga lawang
  • *1 biji bwg besar
  • *2cm halia
  • *2 biji bwg putih
  • 2 sudu besar cili giling/mesin
  • Kicap
  • 2/3 sudu air asam jawa
  • sedikit gula merah
  • Garam & kunyit
  1. Potong daging kambing mengikut kesesuaian anda. Bersihkan.
  2. Mesin/blendkan semua bahan bertanda (*). Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam kunyit, bahan blend, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit
  3. Panaskan minyak untuk menumis (2/3 sudu). Tumis bahan perap tadi. Kacau rata kemudian tutup periuk sekejap.
  4. Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah. Masak sekejap. Siap untuk dimakan.
  5. Campuran rempah2 tadi akan membantu menghilangkan 'bau' kambing bagi mereka yg tak suka bau kambing.
## K.Nor tambah dgn bawang besar yg dipotong 4 dan hirisan cili merah yg dipotong serong serta sebiji tomato.

5 comments:

  1. Nor... ct teringin nak makan daging kambing ni..tapi kata orang2 lah.sape ada darah tinggi x bole makan,betul ker... apa pun daging ni memang membangkit selera yang tengah lapor ni hehehe

    ReplyDelete
  2. CT >> rasanya gitu la, sbb daging kambing ni panas.. kesian la pulak ya, kena pantang la ya kalau ada darah tinggi

    ReplyDelete
  3. ye la memang tu.Gerau lak darah tinggi tahap puncak everest. lagi la teruk.

    ReplyDelete
  4. Sedapnye!!! kambing kite order tak sampai2 lagik.huhuhu

    ReplyDelete
  5. gerau >> ish setinggi puncak everest?? dasat tuh.. hehe

    ijan >> ni adikyung mmg gemor makan kamben ya..

    ReplyDelete