f Secubit Garam: Puding Tauhu

N3 Terkini

Friday, August 28, 2009

Puding Tauhu

Hari ni tak ada menu lauk pauk, cuma ada menu dessert. Tukang masak cuti dari masak lauk sbb lepas berbuka dgn dessert dan solat Maghrib nanti nak keluar. Nak g some place pastu nak makan kat luar. Meraikan somebody :) Siapa?? Tunggu... Nantikan N3 seterusnya.. tak pasti la malam ni ke esok ke. Yang pastinya tunggu........................... ^___________________^


Puding Tauhu
  • 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
  • 1 1/2 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Untuk kuahnya:
  • 1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit cocktai)
  • 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
  • 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
  • 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
  1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
  2. Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
  3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
  5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
  6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
  7. Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan letakkan laici/fruit coktail dan kuah atasnya.

4 comments:

  1. kak nor, baru jer berangan nak buat puding tauhu...tgk kat blog kak nor ni menambahkan lg semangat nk membuatnya...eheehh

    cantik puding tauhu kak nor *_*

    ReplyDelete
  2. sy pulak baru berangan nak buat puding laici, zati pulak request tepung pelita. cancelllll!!!!

    ReplyDelete
  3. K.Nor, agar2 tu yg berapa gm sepeket...??..mcm sedap je...

    ReplyDelete
  4. rozie >> kena cepat2 buat tu.. yg kat dalam nak makan :)

    ain >> tak per la, boleh buat lagi lain hari kan..

    suzi >> 1 paket tu lebih kurang 35gm (agar2 cap bulan paket merah). jadi guna dlm 17gm la suzi

    ReplyDelete