f Secubit Garam: Sayur Lemak Nangka Muda

N3 Terkini

Sunday, August 23, 2009

Sayur Lemak Nangka Muda

Biasanya kalau nak masak nangka muda K.Nor buat stail Gulai Lemak Nangka Muda. Kalau ikutkan namanya tu lebih kurang jer tp penggunaan bahan2 dlm tu yg berbeza. K.Nor nak letak link resipi gulai lemak nangka muda tu tak boleh la sbb MyR dah start demam semula :)

Resipi kali ni K.Nor buat berpandukan pd resipi Lemak Siput Sedut by CMG. Sedap, dgn aroma daun kunyit. Syok jer bila ratah2 masa sahur td. Masa sahur mmg K.Nor tak makan nasi pun hehe. Che Mat mintak izin ngejas resipi tu dan letak kat sini ya...

Sayur Lemak Nangka Muda

1 kpg nangka muda ~ sori ya K.Nor lupa nak timbang sebelum masak :)
800ml santan ~ sederhana pekat
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 bj cili merah *
1/2 in kunyit hidup *
sedikit belacan *
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit ~ siat2kan
garam dan sedikit gula

Potong nangka muda dan rebus hingga lembut, toskan.
Blend bahan2 bertanda * dan masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk.
Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya santan tak naik kepala.

## kalau nak letak udang pun sedap gak, K.Nor lupa nak letak padahal udang ada dlm freezer ...

3 comments:

  1. lamanya tak makan sayur nangka ni..kecur pulak!!

    ReplyDelete
  2. Kite pon lama tak makan ni kak ain... memang kecur tgk lauknie... kalo lah ade pokok nangka kan best!!! huhuuh

    ReplyDelete
  3. ain >> sedap tau, k.nor ratah jer masa sahur td

    ijan >> tunggu ya, k.nor baling biji nangka kat sebelah rumah ijan, biar pokok nangka tumbuh kat situ hihihi

    ReplyDelete