f Secubit Garam: Daging Blackpeper

N3 Terkini

Tuesday, August 25, 2009

Daging Blackpeper

Lauk yg sentiasa menjadi pujaan anak2 dan suami. Sementara Naim ada lagi ni, kena la buat lauk ni.

Daging Black Pepper
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

10 comments:

  1. Sedap nih..nak kena buat ni, wajib...hehehehe

    ReplyDelete
  2. saya nak mintak maaf dengan kak nor la, sebab kat blog saya, saya salah tulis ambik resepi ikan pari bakar dari cikmanggis, sebenarnya dari blog kak nor..lupa masa tengah tulis tu..maaf ye kak..sedap resepi ikan bakar tu..memang wangi je bau daun kesum tu...

    ReplyDelete
  3. yg ni pun fav anak sy gak. selalu buat. pas tu mkn masa tg pns2 lg.sedapp!!

    ReplyDelete
  4. Daging black pepper sodapnye.. kite dok berkira kira nk buat kambing blackpepper pasal daging takde.hehhe

    ReplyDelete
  5. boleh cuba ni..nampaknya senang dan bahan-bahan tak susah..semua dah ada :)

    ReplyDelete
  6. dgn resepi yg sama kita boleh tukar dgn lain2 bahan utama - ayam, udang, ketam, sotong, dll. pastinya menjilat jari... resepi2 Nor mmg x boleh lawan...!

    ReplyDelete
  7. salam kak nor x cihat lagie ekkkk..sabo yea ni lah dugaan d bulan ramadhan nie..semoga cepat semboh ..tp dlm x sihat tue kuar gak resepi ngetop gitu

    ReplyDelete
  8. mak doyah >> buat la, insyaallah sedap.. erm.. tak per la k.nor tak saman nya mak doyah, maklum la bulan pose ni malas sket nak turun naik court heheheh.. no hal la mak doyah.. asalkan mak doyah sekeluarga suka dgn ikan pari bakar resipi k.nor tu pun dah cukup happy k.nor nih.. :)

    ain >> betul .. betul.. betul :)

    ijan >> nampak cam dah keluar menu kambing kat rumah ijan hari ni kan..

    CManggis >> betul tu, bahan2 dia mudah dan buatnya pun mudah jer.. rasa dia mabeles

    azita >> ish tak la sampai tahap tu.. resipi org lain lagi hebat :)

    ummiumaira >> w'salam dah sihat dah ni..yer la, kalau tak masak, sian anak2 nak makan. tambah lak yg duk asrama ada balik, nak gak la masak sedap2 utk dia sementara cuti sekolah lg ni.. resipi daging ni dah lama k.nor post kat myr nun :)

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaaaaa...huhu..hantar sikit kat umah siti yer...

    ReplyDelete
  10. siti >> alahai siti, dah abis laa siti kena wat sendiri la ya.. :)

    ReplyDelete