f Secubit Garam: Mari Belajar Membuat Poached Egg ya adik2... :)

N3 Terkini

Monday, August 3, 2009

Mari Belajar Membuat Poached Egg ya adik2... :)

Sebagaimana yg dijanjikan, ni nak tunjuk cara2 nak buat poached egg spt yg K.Nor letak kat n3 nasi lemak baru2 ni. Kaedah membuat poached egg ni K.Nor tengok dr Alma @ Makcik Kantin Australia yg buat. Dia tayang kat forum MyR. Thanks a lot Alma..

Dengan menggunakan cling plastic, letak atas sebiji bekas/mangkuk spt ramekin. Biar plastik lebih besar dr bekas. Tengah2 bekas tu jgn buat tegang, biar kendur/masuk ke dalam sket.

Pecahkan sebiji telur kat tengah2 plastik tu..

Ikat plastik tu spt stail bunjut. Hati2 dan kalau boleh jgn bg banyak ruang udara ada kat dlm tu. Mengikut kata Alma, kalau ada banyak ruang udara, nanti meletup bila proses memasak

Masukkan ke dalam periuk yg sedang mendidih airnya. Masak utk beberapa minit, bergantung pd citarasa masing2, nak telur kuning 1/2 cook atau fully cook. Pastikan golek2 sket telur tu, biar bahagian telur putih masak sekata.

Angkat dan rendam kejap dlm air biasa. Gunting bahagian ikatan bunjut tu.

Tanggalkan cling plastic dgn hati2 supaya putih telur tak tertanggal. Okies.. sedia utk dingap! :)


Selain dari kaedah di atas, boleh juga tengok kat sini utk satu lg cara memasak poached egg.

13 comments:

  1. Nor, waaahh cantik, cantikkkk jadinya...nnt boleh la buat...thanks Nor..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah mcm nie rupenye nak wat poached egg... kalo nak cepat2 tak sempat nak berpoach poach dah agaknye.. hehe

    ReplyDelete
  3. ooo gitu carenye ye kak...satu pelajaran baru...terima kasih akak sudi berkongsi info... :D

    ReplyDelete
  4. oowwhhhhhh cenggini ker watnyerrrrrr!!! mmg nk kene poach la telur kat dapur tuh peh nih! hihihi

    ReplyDelete
  5. ooooohhhh...sikit punya panjang ooh tu nor! cam melopong je dibuatnya bila nengok poach egg tu..! ok gak tu, blh cuba!thanks nor..

    ReplyDelete
  6. ummi >> cuba la buat, mudah jer

    ijan >> betul2 hehe

    fiza >> sama2 kasih :)

    ina >> slmt mencuba :)

    amflora >> jaga2 masuk lalat kang.. slmt mencuba am ya..

    ReplyDelete
  7. pertama kali nengok poached egg.pandai yg empunya resipi nii cantik laaa klak leh la cuba tq kerna kongsi resipi niii

    ReplyDelete
  8. mamasyipah >> idea asal ni dr teman kat forum myrespi (alma). saya cuma praktikkan aje dan kongsi kat sini supaya org lain dpt tau cara nak buat.. slmt mencuba..

    ReplyDelete
  9. wah bagus ni dan create...

    ReplyDelete
  10. selama ni kak rose rebus 1/2 masak je... len kali boleh cuba poach2 tu...

    ReplyDelete
  11. lina >> slmt mencuba :)

    k.rose >> try la k.rose ya

    ReplyDelete
  12. Salam..kak Nor, Sally nak tanya kalo kita masukkan lada hitam,kicap ker, lada sulah ker ok tak?..tak meletup kan?

    ReplyDelete
  13. sally >> salam sally, haha... takkan sampai meletop kot.. boleh aje tu.. tak terfikir gak nak letak lada hitam dll sebelum ni. rasanya boleh, insyaallah tak meletup.. apa pun try la dulu, nanti kasi fedback ya :)

    ReplyDelete