f Secubit Garam: Nasi Goreng Jer..

N3 Terkini

Wednesday, August 12, 2009

Nasi Goreng Jer..

Hari ni kita layan menu simple jer ya.. Nasi Goreng Tomyam. Cik Abg g OS, jd cik adik goreng nasi aje dah la.. Betapa rajin nyer kan, bila suami tak ada jer mula la masak yg simple2. Kalau boleh nak g tunjuk2 jer jer kat kedai makan tp males la pulak nak keluar panas2 nih.. Menambahkan sakit kepala yg dah tengah sakit ada la.. Sapa yg nak join, jom tp tak payah bawak mangkuk tingkat la ya.. kita makan sama2 kat sini dah.. :)

Ina, nak letak resipi kat sini ya.. Senang nak refer nanti..

  • 2 mangkuk nasi
  • 5-6 ekor udang segar
  • 1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
  • 200g daging ayam - potong kecil2
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 biji bawang putih - ketuk
  • 3-4 biji cili padi - tumbuk@hiris - klu nk pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
  • kubis - hiris kecil2
  • carrot - hiris memanjang@dadu
  • tomato - potong dadu
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut - racik2
  • 1 biji telur
  • garam
  1. Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
  2. Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
  3. Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
  4. Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
  5. Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
  7. Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka.

5 comments:

  1. saya pun buat ns goreng je kak. tp x le mcm akak..very rich with seafood. sy nyer simple gilos...hihihi

    ReplyDelete
  2. ain >> kan yg simple pun sedap gilos! ^________^

    ReplyDelete
  3. yg lain tak nak nak udang ngan kepok je buleh gitu

    ReplyDelete
  4. mimi >> alaaa dia dtg dlm set la mimi.. tak leh nk bg asing2 :)

    mak doyah >> ermm mak doyah pun minat nasi goreng gak ya.. :)

    ReplyDelete