f Secubit Garam: Lala Masak Berapi

N3 Terkini

Sunday, August 23, 2009

Lala Masak Berapi

Resipi asal Kerang Masak Berapi tp K.Nor tak guna kerang, K.Nor guna lala. Jadi kena la tukar nama dia kan.. Lala Masak Berapi. Resipi asal dr Sweety Kitchen @MyR. Mintak izin tuan resipi nak C&P resipi kat sini ya..


Lala Masak Berapi
  • 1kg kerang/lala
  • 1cm Halia
  • 4 ulas bawang putih & 1 ulas bawang merah kecil
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 10 tangkai cili api
  • 3 helai daun sadri & daun bawang ~ K.Nor tambah daun ketumbar sket
  • sesudu minyak makan
  1. kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal.toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.(K.Nor tak rebus dulu sbb bila guna lala terus jer goreng)
  2. tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kerang/lala, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

Along, jgn sedih tau, nanti Along balik mak masak utk lagi utk Along, ok :)

4 comments:

  1. ni hidangan utk buka ke kak..??? bestnya!!!

    ReplyDelete
  2. ain >> lauk kegemaran anak2 ni ain.. sementara Angah ada lg, tu yg K.Nor buat. dia mkn smlm sampai meleleh peluh di muka :)

    ReplyDelete
  3. Bestnye..mama yg penyayang
    Sweet sgt:-)

    ReplyDelete
  4. Bestnye..mama yg penyayang
    Sweet sgt:-)

    ReplyDelete