f Secubit Garam: Kari Daging Kerisik

N3 Terkini

Thursday, August 27, 2009

Kari Daging Kerisik

Resipi Kari Daging Kerisik ni dr K.Fida MyR. Saja nak mencuba kari yg tak letak santan tp guna kerisik. Hasil dia? Sedap tau kat anak tekak K.Nor sbb selama ni pun biasa gak masak kari tak letak santan, cuma tak pernah lg guna kerisik.
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk.
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya utk kuah
  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. wahhh...menu kak nor samalah ngan cik mat gebu!!! time posting pun lebih kurang sama aje. janji2 ekh!!!

    saya pulak selalu letak kerisik sikit dlm kari wlupun dh letak santan.

    ReplyDelete
  2. wah, idea baru.Resepi mesti cuba ni. Hari tu balik kg mak beri kerisik pulak.

    ReplyDelete
  3. ain >> ish takkan ain tak tau, malam tu kita org dah pakat nak buat masa sembang dlm mimpi hihihi..

    gerau >> untung ada emak yg bagi kerisik ya.. jgn lupa buat tau, pastu rajinkan diri menjala lak... sedap !

    ReplyDelete