f Secubit Garam: Kuih Bakar Durian

Wednesday, August 5, 2009

Kuih Bakar Durian

Kalau nak tau, dr awal tahun lepas dah print resipi Kuih bakar durian bonda D ni. Tak tercapai hajat nak buat, kes tak ada stok durian. Bila tiba musim durian bukan tak beli, tp abis dimakan gitu jer. Tak sempat nak simpan isi durian. Dah tahun ni durian agak menjadi kat ganu ni, apa lagi, beli dan beli jer la. Tiap kali beli makan dan perisi wat stok isi durian. Ada simpan kat peti ais bah. bawah jer dan ada yg dah siap pack kecik2 dan simpan kat freezer. Huh.. betul2 wat stok kali ni.. hehehe

Berbalik pd resipi asal dr Diana ni, mmg sedap sgt. Wangi jer masa duk bakar td. Kalau sesapa nak resipi asal boleh tengok kat MyR ni. Yg K.Nor letak kat bawah ni resipi yg K.Nor buat td, sbb K.Nor buat 1/2 adunan jer. Dpt 5 bj saiz spt dlm gambar. Acuan yg K.Nor guna tu, acuan pecah 8 yg kecik jer bukan yg besar.

KUIH BAKAR DURIAN BONDA D
  • 900 ml santan
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 100 gram isi durian
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
  • secukup butter
  1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
  2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
  3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas. Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan. Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.