f Secubit Garam: Sup Makaroni

Monday, August 3, 2009

Sup Makaroni

Dah lama janji dgn Mek Kajang nak try resipi Sup Makaroni dia ni.. Td balik dr kelas, singgah kedai beli daging sbb nak buat sup ni utk berbuka.
Masz, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini ya.. Tak marah kan..kan.. saaaaaaaayang dia.. :)


Bahan2
  • Makaroni (secukupnya) - K.Nor guna yg spiral
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecil
  • bebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk ~ tak letak, sbb yillek, ganti dgn pati ayam jer
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg) ~ K.Nor letak carrot, bunga kobis dan cendawan tiram ... best!
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P

MASZ!!! Ya rabbi, sedapppppppppppppp sgt!! 4 thumbs up ler... Cik abg yg kureng gemar pasta pun boleh cakap sedap dan puas hati. Anak dara sememangnya suka pasta2 ni.. Tp ampun ya.. K.Nor ada mengejjas sedikit bahan dlm tu. K.Nor letak 1 sudu besar rempah sup serbuk yg beli dgn Mimi aritu utk membangkitkan rasa sup. Satu lg K.Nor tak buat cili tumbuk, tp makan dgn sambal kicap tahun puan deana yg mmg sedia ada stok kat dlm esbok hehehe.. Tp tetap perah jus limau kasturi kat dalam tu.. Walla!!!! Sooooo Yummy! Thanks dear..