f Secubit Garam: sup
Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

SUP TULANG ALA SIAM

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi setelah cuti panjang.. Kalau ikutkan hati, nak terus sambung cuti gara2 blog tak leh nak update dr minggu lepas lg. Ntah ler, ada problem dgn blogger.com ni bila nak start buat entri. Dah try macam2 cara tp tak berhasil. Last2 biarkan aje sbb mood tuan rumah pun merudum aka melayang2 sejak lps raya ni. Dah la kembali berhanimun, kes anak2 dah kembali ke asrama masing2, hero sulong dah mulakan kerja kat spital Dungun.. tinggal ler berduet jer dgn cik abe. Mana la ada mood nak main masak2 lg bila hanya 2 mulut yg nak diisi. Masak pun ala kadar jer (biasa la tu kan hehe). Bila ditambah lg dgn blogger.com yg buat kerenah ni.. lagi ler tahap kerajinan nak update tu menjunam.. Tapi bila dibiar gitu jer dua tiga hari ni, td cuba la masuk nak menerai buka post/draf, ehhh.. elok la pulak dia.. dah keluar balik tempat ngarang (sebelum ni blank jer, yg ada cuma bahagian atas, tempat tajuk tu jer) So amik peluang la update setelah sekian lama bercuti ni.. Rasanya lepas ni, makin kurang la entri terkini dr SecubitGaram. Makin lesu dan makin lemau ler.. Dari 3 - 4x seminggu, mungkin jd 1x seminggu jer kut keluar entri baru. Pastu jd 2 minggu sekali, pastu sebulan sekali hapdet.. lama2 padam terus hehehehe... Tak per la.. dah banyak resipi2 yg dikongsikan dlm ni.. Mana yg berkunjung tu, pilih dan try la masak mana2 resipi yg berkenan di mata dan selera ya.. Semoga perkongsian selama ni memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Kali ni, K.Nor nak kongsikan satu resipi sup yg dibuat masa Ramadhan tempohari. Tak sempat nak update awal2 dek kebizian yg melanda. Resipi yg K.Nor ambil dr blog MesraSelera hasil tayangan amal Rohah kat fb. Sekali pandang terus jatuh hati nak mencuba.. Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba sbb SEDAP! Menyelerakan sekali rasa SUP TULANG ALA SIAM ni.. dgn rasa pedas2 dan masamnya tu.. Memang power! Mekasih pada tuan asal resipi Faa dan juga Rohah yg dah berkongsi resipi ni ya.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan K.Nor dan teman2 lain pulak.. 


SUP TULANG ALA SIAM
resepi;Faa
sumber : Rohah@MesraSelera
sumber : K.Nor@secubitGaram

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


# blog buat hal lagi.. penyakit on & off... adehhh... #


Tuesday, December 11, 2012

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

ASSALAMUALAIKUM..

Jom breakfast! Meh kita layan menu bekpes yg biru mata itam ku nih. Sesekali pekena GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP mmg best.. Kena pulak makan kat beranda di temani bayu pagi yg nyaman.. pergghhhh.. syok abissssssss hehehe


Utk Garlic Bread K.Nor guna resipi Fendi (suami Yani MyResipi) dan utk Mushroom Soup K.Nor masih guna resipi Minami tp ada edit situ sini la mengikut kesuaian bahan yg ada kat dapur dan ikut selera anak tekak si tukang masak :) Mekasih pada keduanya ya..


GARLIC BREAD
resipi : Fendi MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya

Cara2
Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.

Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.

Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.

Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C



MUSHROOM SOUP
resipi : Minami MyR
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam ~ k.nor guna 1/2 kiub jer
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ k.nor guna 5 kpg cendawan shitakae kering
garam
secubit ajinomoto ~ k.nor skip
1 cawan tepung gandum ~ k.nor tak letak semua ni cuma sbb nanti terlalu pekat. ejjas2 sendiri la kepekatan mengikut selera masing2

Cara2:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan. 
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.


Friday, August 19, 2011

SUP TULANG

ASSALAMUALAIKUM...

Sup Tulang, salah satu lagi menu wajib buat di bulan Ramadhan. Memang kegemaran seisi keluarga kalau bab Sup Tulang gini. Ikutkan hati K.Nor nak buat Bone Steak tp dek dua beradik tu kurang sket dgn Bone Steak dan dia org ni lebih suka Sup Tulang gini, jadi layan jer la kehendak dia org kan. Nanti next week cari tulang sket nak buat Bone Steak pulak, khas utk selera anak tekak si tukang masak dan si suami tukang masak yg juga turut sukakan Bone Steak.. hehe


Tak boleh nak letak resipi lah.. Myresipi jamm tak leh nak masuk. Insyaallah K.Nor letak resipi bila dah boleh masuk MyResipi ya.. :)

Updated:

SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.


Monday, August 15, 2011

YONG TAU FU

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Tak tau nak cakap, mmg happy sangat akhirnya dpt gak buat sendiri Yong Tau Fu. Hishhh padahal mudah yg amat jer. Punyalah selama ni jakun dan blurr tak tau nak beli bahan2 utk YTF ni tau... hehehe.. Sebenarnya kan, ni citer benar, yg benar semata2 tarak tipu punya.. (bulan puasa mana boleh main tipu2.. eh. bulan tak puasa pun K.Nor tak main tipu2 gak.. tak suka amalkan perbuatan menipu ni.. cukup pantang bila org suka menipu dan K.Nor cukup tak suka bila anak2 menipu.. Sejauh mana nak menipu si ibu kan, Allah tu maha kaya, sembunyikan lah sejauh mana pun, DIA akan tetap menyampaikan apa yg disembunyikan atau ditipu pada si ibu tadi, cuma lambat atau cepat atau dengan cara mana sekalipun si ibu akan tetap tahu, kerana 'mata' si ibu ada di mana2.. Lambat laun ada lah yg akan menyampaikan berita perilaku anak2 pada si ibu.. kan.. Ni lah yg selalu K.Nor pesan kat anak2.. ehhhhhhhh.. dah tersasar dr posting arini la.. hehehehe.. kita balik ke pangkal jalan ya.. jom :)

Sebenarnya hanya 2x jer K.Nor pernah makan YTF ni tau. Sekali tu masa kat Cameron Highland (jauh tu.. walhal dlm KTrg ni bukan tak ada org jual hehe) dan kali ke2 kat Kota Bharu.. haa.. semua luar dr negeri Terengganu hehee.. Kalau kat pasar malam tak pernah beli sbb K.Nor jarang2 sangat ke pasar malam. Kadang2 dalam setahun tak pernah pergi sekali pun. Bukan jenis suka ronda2 pasar malam. Makan kat kedai pun jarang2 jugak dah sebab hari2 masak... ehhh tersasar lagi.. hehee.. 


Bila Ika tayang YTF dia minggu lepas, punyalah teringin sungguh nak makan YTF. K.Nor sebenarnya tak tau nak beli apa sebagai bahan2nya tu. Duk tenung jer dalam pinggan Ika tu apa bahan2 yg dia guna, pastu google kat tenet, tengok gambar2 YTF yg org lain post. Pastu masa ke gergasi baru2 ni, K.Nor gi dgn anak2. Pastu tanya Aisyah nak makan YTF ke tak (anak dara tu mmg suka gak YTF hehe) dia kata nak, jom kita cari bahan2 dia nak mak.. ermmm.. terus jer tengok bahan2 dlm peti  tu sambil tanya salesgirl yg duk bahagian menimbang. Bila tanya dia cakap betul la tu, ramai org beli bahan2 dlm peti tu utk buat YTF. K.Nor dan Aisyah pun pilih la bahan2 yg ada dalam peti sejuk tu. Seronok pulak rasa nak buat YTF ni hehe


Pagi semalam sambil siang2 ayam, K.Nor buat la kuah YTF ni.. Wehh.. syoknyer bau.. Bila petang tu masa duk mencelur sayur dan bahan2 lain dalam sup resipi Ika, anak dara masuk dapur. Bukan main suka dia bila tau K.Nor buat YTF.. Time berbuka, wahhhhhhhh lagi la syok dpt makan homemade YTF dgn sup Ika yg sedap tu.. Mudah giler buat YTF rupanya ya.. hihihi.. tu la.. selama ni kalau buat kan syok, dah lama dpt makan homemade YTF.. heheh.. Mekasih kepada Ika yg membuatkan K.Nor teruja nak buat YTF dan terima kasih pada Minami yg berkongsi resipi kuah YTF kat MyResipi... (uishhh panjangnya karangan !! haha)


KUAH YONG TAU FU
Resepi Asal: MINAMI MyR
sumber : Ika@Arah & K.Nor

Bahan:
10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
gula melaka atau kurozato >>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng
gula(kalau kurang manis) >>Lebih kurang 1/2 sudu besar
1 s.k garam
3 cm belacan >>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air >>yg ni terpulang
sedikit ajinomoto ~ k.nor tak letak

Cara:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
Untuk kuah sup pulak kita guna resepi yg biasa kita gunakan, resepi dr sorang kawan cina kita kat sini :-)






KUAH SUP
Resepi Asal : Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1000ml air
15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
1 labu bwg sederhana besar
Leek tak masukkan pun tak pe
Kicap cair
Garam
Gula
Secubit atau 2 cubit stok ayam
Lada sulah

Cara:
Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..
Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)


Sunday, August 7, 2011

NASI GORENG MENTEGA

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya ok gak kan kalau K.Nor buat entri bisu mcm smlm. Sekadar beri salam dan terus tayang gambar dan resipi. Lagipun yg penting dlm satu2 post bagi blog masakan adalah gambar dan resipinya aje. Bab pot pet tu.. maklum aje lah.. nak mengarang satu hal.. kadang2 blurr, tak ada idea. Tambah lagi tuan rumah duk batuk jer, jadi bila batuk rasa tak nak cakap jer kan. Bila post entri rasa cam tak nak cakap gak (padahal bercakap guna jari jer hehe). Rasa nak diam ajer.. Rasanya tak ada bantahan kut kalau K.Nor teruskan entri bisu mcm semalam hehe


NASI GORENG MENTEGA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 cawan beras ~ ditanak menjadi nasi
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 btg kayu manis
3 kuntum cengkih
2 bj buah pelaga
1 biji telur ~ dikocok
3 - 5 bj cili api ~ dihiris
sedikit serbuk pati ayam
garam

Cara:
Panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang putih, kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur dan biarkan telur sedikit mengeras.
Kacau sekejap nasi bersama telur dan masukkan cili api dan juga garam secukup rasa.
Goreng sekejap sambil dikacau nasi hingga sebati.
Angkat dan hidangkan panas2 dgn lauk2 yg disukai (nak makan gitu saja pun boleh)


 Sup Telur Simple                                   Daging Goreng Halia &Minyak Bijan




SUP TELUR SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM....

Seronok pulak buat entri bisu ^____^


SUP TELUR SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
1/2 batang celery ~ dihiris nipis
1/2 batang carrot ~ disagat panjang
1 biji telur  ~ dikocok
1 bj bawang besar ~ dipotong baji
1 bj cili hijau ~ dihiris
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk lada hitam (lebih sedap jika yg baru ditumbuk).
Masukkan pula air dan batang celery, masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan carrot, bawang besar, cili hijau dan kiub pati ayam.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Bila kuah kembali mendidih, masukkan telur sambil sebelah tangan lagi mengacau kuah dgn senduk (kacau dlm satu arah). Hendaklah sentiasa mengacau supaya telur tidak berketul.
Biarkan mendidih sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.


Tuesday, May 3, 2011

Sup Bebola Ayam Dgn Suhun

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni masak yg ringkas jer sbb yg pertama, cik abg OS.. Masak utk anak2 yg simple aje ok dah kan.. Pastu pulak lepas masak tadi keluar merayap ke bandar kejap mencari yg duk tercari2 dari minggu lepas lagi. Petang semalam lepas amik Luqman dari sekolah pun gi singgah kejap kat gergasi masih tak nampak bayang gak lagi benda yg dicari. Bulan ni lambat pulak ia masuk Tganu. Ni baru balik dari kedai kat bandar, baru la jumpa apa yg dicari2. Pastu singgah situ sini.. sekali keluar rangkum abis apa yg perlu dibuat. Fenattttt... Seminggu ni kena pangku balik jawatan Menteri Pengangkutan.. hehe.. Nanti la bila dah free sket nanti K.Nor masukkan n3 berkenaan benda yg dicari tu ya.. Rasanya dah ramai yg tau kan.... hehe..


Layan aje la Sup Bebola Ayam Dgn Suhun ni ya.. Goreng ikan dan tumbuk sambal sket.. cukup la menu utk hari ni.. Nak buat adegan memecah dara toy baru pun belum sempat lagi ni.. KIV dulu la.. hehe...

Friday, April 15, 2011

Sup Telur Berempah

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni menu yg ringkas aje ya.. Resipi dari rumah CMGebu. Sedap layan sup time panas2 gini kan.. Maaf ya Che Mat terpaksa derhaka sket. Kebetulan cendawan hitam tu dah abis stok jadi K.Nor gantikan dgn cendawan shitake dan cendawan tiram. Tak kisah la kan, cendawan jugak! K.Nor pun mmg suka letak cendawan htiam/kerinting tu kalau dalam sup ke, mee rebus ke.. mmg best.


Mintak izin ya Che Mat nak kopipes resipi tu kat sini.. Halal ya.. Mekasih..

SUP TELUR BEREMPAH
resipi : CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred C (atau gred B)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan belah 8 setiap biji, rendam
1/2 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
1/2 cekak soo hoon
1 kiub ayam Maggi
1 bungkus sup bunjut adabi
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 keping cendawan black fungus, cuci dan hiris
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, dihiris
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan halia hingga harum. Masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap dan masukkan pula lobak merah, gaul, dan tuang air dan sup bunjut.
Tambah kiub ayam dan biar mendidih hingga kentang empuk. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih satu sama lain. Masak hingga telur masak.
Tambah soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun sup...

Thursday, April 14, 2011

Sup Tulang

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lewat petang baru boleh masukkan n3. Lepek betul hari ni. Awal pagi tadi kepala fenin jer (haippp!! jgn fikir yg bukan2 ya.. ) Ni kes tersentak masa alarm berbunyi utk bangun sahur.Pastu mula la kepala cam naik heli. Lepas anak2 gi sekolah tadi, K.Nor tidur kejap. Bila bangun dah rasa ok sket. Pastu keluar ke pasar tani, ke kedai baking pastu gi beli beras dan sedikit keperluan rumah kat kedai. hehe.. dalam fenin2 sempat soping kan.. hehehe..


Jom la layan menu dinner K.Nor ni.. Sapa2 yg nak join makan Sup Tulang dgn K.Nor kena dtg waktu Maghrib aje ya.. Lepas tu.. sori la.. Tinggal tulang aje la kut.. hehehe..

 Ada Sup..

 Ada Roti...

Ada Sambal Kicap...

Jom layan... 


Tuesday, March 15, 2011

Ayam & Sup

Menu ringkas jer arini ya. Ayam Kicap Lada Hitam, menu yg dah pernah buat dulu digandingkan dengan Sup Bebola Ayam Dgn Suhun. Ayam Kicap Lada Hitam ni resipi Hana yg bakal pulang ke Msia 3 hari lagi. Semoga Ina dan famili selamat sampai ke tanahair dgn selamatnya dan semoga dipermudahkan segala urusan yg bakal dihadapi.. amiin..

Resipi ni K.Nor tambah sket cili mesin utk upkan keenakkannya... Lagi pedas lagi syok kan.. Pastu tambah sedikit minyak bijan dlm bahan perapan ayam dan last sekali tabur bijan masa menghidang.. Lagi mabeles rasa ayam ni..


AYAM KICAP LADA HITAM
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@Secubitgaram

Bahan-bahan
400g ayam - potong kecil2
2 inci halia muda - hiris halus
3 ulas bawang putih - parut
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2sk maggi seasoning
1@1/2 sk lada hitam
1/2 sudu kecil minyak bijan ~ yg ni k.nor tambah
cili padi ketuk *jika ingin pedas ~ k.nor gantikan dgn 1 1/2 sudu besar cili mesin
1 batang serai - titik *optional
1/4 cawan air
garam jika perlu
bijan yg disangai ~ utk taburan (yg ni pun k.nor tambah)

Cara-cara
Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air.
Perap sebentar 10-20min.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air.
Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan.
Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika blom tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering.
Angkat dan hidangkan.

Sup Bebola Ayam Dgn Suhun


Saturday, February 19, 2011

Sup Makaroni


Dah dah lah tu ya layan ciskek org amatur tu.. hehe.. Meh layan Sup Makaroni. Menu ulang tayang yg entah kali ke berapa. Maaf la kalau dah jemu tengok show Sup Makaroni kat rumah ni. Nak buat camna sbb tuan rumah seisi keluarga tak pernah jemu dengan Sup Makaroni yg mmg sedap ni. Kalau tak caya tanya Am Flora, tokey Apam Dot Dot dan tokey ciskek nun. Sup Makaroni ni mmg pebret kita org, kan Am :)


Resipi asal milik Masz Kajang yg dah lama menyepi. Tambah lagi dgn musibah terbaru. Semoga tabah ya Masz.. Rindu nak bersembang cam dulu2 dgn Masz ni.. Izinkan K.Nor tayang lagi resipi mabeles Masz tu kat sini ya.. Maceh laling :)

SUP MAKARONI
resipi : Masz Kajang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
Makaroni (secukupnya)
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang1sdk lada hitam - tumbuk ~ K.Nor letak 2 sudu kecilbebola daging - secukupnya ~ tak letak tp ganti dgn hirisan daging
2 kiub lembu/tulang rusuk ~ boleh guna kiub pati ayam
2ltr air/ secukupnya
segengam soohoon
sayuran- kobis & carrot - dihiris** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
ikan bilis kecil/halus - digoreng
daun sup/bawang - dihiris
bawang goreng
Cili tumbuk ~ tak buat, cuma makan dgn sambal kicap dan perahkan jus limau kasturi
Segengam cili padigaram
1 sdb jus limau kasturi** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi
- kacau

Cara Penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang...

Thursday, January 20, 2011

Sup Ayam & Cendawan

Menu lunch utk hari ni. Ringkas aje tp insyaallah menyelerakan. Sedap hirup kuah sup yg panas, pedas dan masam2 nih.. Kali ni tak letak ubi kentang tp letak carrot. Cendawan wajib ada.. Sedap!


Nak resipi? Sila tengok kat SINI, tuan rumah dah penat kes mengarang panjang sgt pg tadi kat n3 Jom Berkenalan pagi td ^____^

Friday, January 14, 2011

Sup Tulang

Ni menu dinner semalam. Dah lama tak makan Sup Tulang gini. Buat extra pedas dan perahkan limau nipis lebih sket utk rasa masam2.. enak sungguh! Habis 4 paket roti bantal sekali hadap dek 6 org sekeluarga ni.. hehe


Nak resipi? Sila klik kat SINI.. Hari Jumaat kena masak awal2, biasanya the heroes lunch sebelum ke masjid. Jumpa lagi... :)

Friday, November 26, 2010

Belut!!!


Sapa makan belut? Cepat angkat keyboard! Hahaha.. K.Nor tak makan, masak boleh aje. Tapi setakat buat sup aje la.. Yg lain2 tak pernah buat lagi. Ni pun buat sebagai menu utk sang teruna yg masih berpantang lg tu. Smlm buat ikan haruan dia tak makan banyak sgt tp bila dibuat sup belut, elok2 jer dia makan. Sedap pulak tu dia kata. Tp kan..K.Nor tak cakap pun tu ikan belut, agaknya mesti tak tertelan dia tu nanti. Perisi aje ikan tu, letak nasi dan kuah sup. Licin dia bedal siap cakap sedap lg lak tu :)

Friday, November 19, 2010

Sup Telur & Cendawan

sup telur dn cendawan

Lauk yg digandingkan dgn Tenggiri Goreng Bersambal Istimewa td. Ratah aje pun sedap ni, tak perlu nasi dah.. Jom sapa2 yg nak diet tu ^____^

sup telur dn cendawan 2

Thursday, November 4, 2010

Sup Ikan Pedas

Kebetulan ikan merah ada belen sekeping dlm esbok, tak tau nak masak apa. Pernah tengok org duk buat sup ikan merah. Nak buat tp resipi tak ada. Terus amik tiket flight terbang ke Sedenak, rumah yg ada mangkuk tingkat biru yg kiut tu. Selongkar dapur Tiffin Biru terjumpa Sup Ikan Pedas yg juga guna ikan merah sbg bahan utama sup tu. Tengok bahan2 semua ada terus jer salin resipi dan buat. Harum bau sup ni, rasa tak tau lagi. Kena tunggu Maghrib karang. Masak ni pun utk anak2 balik dr sekolah nanti. Pastu goreng ayam berempah 2 ketul sorang, cukup la lauk lunch utk 2 beradik tu.


Che Mat, mintak izin ya nak kopipes resipi Sup Ikan Pedas tu kat sini. Mekasih daun keladi... lain kali nak mengopi lagi ya.. :)


SUP IKAN PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA:-)
5 keping daging ikan merah
2 batang serai. dititik
1 batang "leek", dibersihkan dan potong serong  ~ tak letak, no stock
1 genggam daun ketumbar,
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1 camca teh serbuk kunyit ~ k.nor guna kunyit hidup dan blend sekali dgn bahan kat bawah
2 - 3 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
1000 ml air atau secukupnya

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 - 15 biji cili padi (boleh kurang atau ditambah)
1/2 camca besar lada hitam biji
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus


CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan diperap dengan jus limau dan garam selama 5 minit, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah tumis dan bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuangkan air. Gunakan api sederhan..
Masukkan asam keping dan tambah sedikit garam. Masak hingga mendidih dan kecilkan sedikit api. Masukkan ikan dan kuib ikan bilis Maggi. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, sedikit gula dan masak hingga ikan masak.
Rasa dan jika perlu tambah garam. Hidangkan panas bersama nasi. Jika suka boleh tabur hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng..

Wednesday, October 27, 2010

Sup Telur

Nasi Goreng td tu utk anak2 dan utk si emak, Sup Telur aje dah la.. Hari ni tak rasa nak makan nasi, tu yg buat sup telur ni. Diet?? ermm..... tak ada makna nya nak diet.. Diet la camna pun, berat tetap maintain jer... jarum tu malu2 nak bergerak ke kiri.. 


Resipi asal Sup Telur ni milik K.Hanieliza tp K.Nor amik kat rumah Izah. Memang sempoi jer masak yg cam gini kan.. tp hasilnya sedap! Mintak izin ya K.Liza dan Izah, nak kopipes resipi tu kat sini .. Tq




SUP TELUR by K.Liza
sumber : Izah

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] ~ tak ada stok, k.nor letak kobis
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah (k.nor tak letak)

Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

Sunday, October 10, 2010

Sup Ayam & Cendawan


Plan asal cendawan ni nak dimasak Lemak Cili Api. Mcm biasa K.Nor suka letak udang sket. Bila balik dr jogging td terus jer balik rumah tak singgah pun kat pasar utk beli santan. Dah la kat perumahan ni kedai santan dah tutup, payah la sket nak beli santan. Alih2 buat corner baring, dr lemak2 terus tukar ke sup. Lagi senang kerja tukang masak. Sejak cik abg buat by pass aritu, rasanya jarang benar K.Nor masak lauk santan2 nih. Rasanya tak sampai pun 5x buat lauk berasaskan santan. Semua main masak air2 jer. Tu yg terasa benor nak makan Lemak Cili Api Udang Dgn Cendawan. Tak per la.. tak ada rezeki lg la tu nak makan lauk tu.. Lain kali la pulak... Meh la layan Sup Ayam & Cendawan. Lauk yg digandingkan dgn Kacang Bendi Goreng Bertelur tadi.

Lupa nak letak carrot, celery pun tak ada stok gak.. aish...

updated:
K.Nor letak resipi atas permintaan Faridah :)

SUP AYAM DGN CENDAWAN

Bahan2:
ayam ~ dipotong kecil2
cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ diketuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 - 2 sudu besar rempah sup
1 bj ubi kentang
carrot
1 btg celery
5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas
1 sudu besar perahan limau nipis

garam 
sedikit gula jika suka


Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
5 kelopak bunga lawang
air secukupnya
minyak

Cara2:
Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan bahan tumbuk serta halia.
Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam.
Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup.
Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam.
Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk.
Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan.
Masak kejap aje dan padamkan api.
Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan.
Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging.
** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam.
*** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.

Monday, August 30, 2010

Bone Steak Lagi..

Satu lg menu wajib di bulan Ramadhan, Bone Steak. Rasanya mmg tak pernah puas makan Bone Steak ni. Lagi pun K.Nor sekeluarga mmg antu sup2 tulang gini. Biasanya kalau beli tulang lembu K.Nor akan masak Sup Tulang ajer tp sejak jumpa resipi Bone Steak K.Fida MyR ni.. sudah jatuh cintan dgn Bone Steak. Kali ni K.Nor buat Bone Steak tanpa masukkan telur yg dikocok. Untuk memekatkan kuah K.Nor lebihkan sket sukatan rempah2 yg dikehendaki dlm resipi. Rasanya? Maintain sedap!! ehhh silap... K.Nor lebih suka yg tak letak telur.. yer la.. anak tekak berbeza kan.. terpulang pd selera masing2..



Nak try buat? Nak resipi? OK sila klik kat sini..

Wednesday, August 25, 2010

Sup Makaroni

Sup Makaroni, yg ni menu utk tukang masak yg mmg jarang2 berbuka dgn nasi. Tak pernah jemu makan Sup Makaroni ni. Tambah2 lagi kalau utk berbuka.. mmg enak sekali. Kali ni lupa pulak nak goreng ikan bilis sbg bahan sampingan tu. Biasa la kalau dah masuk opis terlewat sket mula la kelam kabut. Resipi asal Sup Makaroni dari Masz Kajang yg dah lama menyepi dr dunia blog.. Rindu sungguh kat Mek Kajang ni.. bz benor lately sampai rumah dan penuh dgn sawang :) Maszzzzzzz, dah nak raya ni, tak nak bersihkan rumah ke? Tukar langsir baru... tukar lagu raya ke... hehe

Nak resipi Sup Makaroni ni? OK klik kat sini.. kekurangan ghajen nak mengkopipes arini :)


Syedapppp!