f Secubit Garam: Sup Telur

N3 Terkini

Wednesday, October 27, 2010

Sup Telur

Nasi Goreng td tu utk anak2 dan utk si emak, Sup Telur aje dah la.. Hari ni tak rasa nak makan nasi, tu yg buat sup telur ni. Diet?? ermm..... tak ada makna nya nak diet.. Diet la camna pun, berat tetap maintain jer... jarum tu malu2 nak bergerak ke kiri.. 


Resipi asal Sup Telur ni milik K.Hanieliza tp K.Nor amik kat rumah Izah. Memang sempoi jer masak yg cam gini kan.. tp hasilnya sedap! Mintak izin ya K.Liza dan Izah, nak kopipes resipi tu kat sini .. Tq




SUP TELUR by K.Liza
sumber : Izah

Bahan
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek] ~ tak ada stok, k.nor letak kobis
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah (k.nor tak letak)

Bahan tumis [tumbuk kasar]
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

9 comments:

  1. mas suka sup macam ni, sedapnya....

    ReplyDelete
  2. nuha suka sangat ngan sup cam ni..tambah2 lg kalo tambah macaroni skit, tak nampak nasi dah!!

    ReplyDelete
  3. kalau pakai telur itik lagi best kot k.nor kan?ke hanyir?

    ReplyDelete
  4. Suka sup mcm ni..simple ja...
    Orang yg sllu sampai rumah lewat mcm sue ni..menu2 simple mcm ni ja lah yg senang dibuat.

    ReplyDelete
  5. nadiah suka sup ni. sedap! lagipun nadiah mmg suka telur ;)

    ReplyDelete
  6. sup yg simple, senang dan mengenyangkan..kan kak nor :)

    ReplyDelete
  7. menu yg sesuai utk hari ini..InsyAllah :)

    ReplyDelete
  8. mas >> yg simple2 gini la best kan :)

    B >> tu dah jd sup makaroni la B :)

    wan >> telur itik kalau wat gulai atau gulai kuning baru best :)

    sue >> biasa la sue kalau dah kerja kan.. tp kalau masak simple pun air tangan kita tetap sedap :)

    nadiah >> kita serupaaaaaa!!! :)

    cek cun >> betul tu, kejap jer dah siap dah boleh ngap :)

    hjh zainab >> betul tu k.nab, sesekali makan yg simple pun best gak :)

    pia >> slmt memasak :)

    ReplyDelete