f Secubit Garam: Bingka Roti Berlauk

N3 Terkini

Saturday, October 30, 2010

Bingka Roti Berlauk

Bingka Roti Berlauk, resipi asal oleh K.Hanieliza, pastu merayap ke Kuantan pastu ke Sedenak, ke Bangkok dan ada beberapa rumah lg dah buat kan. Kali ni sampai ke Tganu lak. K.Nor syorkan kalau sapa2 nak buat bingka ni, try cam Che Mat buat letak separuh santan dan separuh susu cair bg sukantan santan yg 400ml tu. Rasanya lebih enak dan lemak2 gitu. K.Nor dan cik abg makan berdua jer, anak2 tak suka. Kita org letakkan sos cili kat atas tu time makan.. Lagi sedap bila makan dgn sos cili.. hehe :)


K.Liza, Che Mat dan Ummi... mintak izin ya nak kopipes resipi tu kat sini.. Thanks

BINGKA ROTI BERLAUK by K.Liza
sumber :  CMG
sumber : Ummi

BAHAN KUIH TALAM@BINGKA :-)
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)

BAHAN LAUK :-)
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

6 comments:

  1. kak nor, mas join makan sekali la..boleh tak....anak2 kak nor tak mo kan....he..he..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    nampak sedap...
    terliur lahhh....
    ada lagi tak...

    ReplyDelete
  3. salam kak

    teringt kuih care berlauk,ehehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya...tak penah cuba pun. kuih cara ada la buat.

    ReplyDelete
  5. Nampak Menyelerakan...Buat Minum2 Ptg...

    ReplyDelete
  6. mas >> boleh sgt2 mas.. jom :)

    k.liza >> k.liza, mekasih ya atas resipi talam ni :)

    pia >> wat cara berlauk lambat sket kena wat satu2 kan.. yg ni boleh wat sekali harung jer :)

    comelbelako >> boleh cuba lak yg ni kan.. :)

    lin >> minum petang boleh, wat makan pagi pun boleh :)

    ReplyDelete