f Secubit Garam: Mini Gader Pt 1

Sunday, October 17, 2010

Mini Gader Pt 1

Wahhhh... dah ramai yg nunggu ke? Hehe... sori... sori... tuan rumah baru balik ni. Tadi gi  dating dgn tetamu VIP kat Masjid Terapung selepas adegan isi perut dgn Nasi Dagang kat Kg Kuala Ibai. Balik rumah kena settle dulu mana patut, masuk opis dulu la kan. Pastu baru boleh ngadap sini. Resize dan upload gambar, pastu baru boleh post ke blog. Disebabkan ada banyak sesi jd K.Nor kena buat part by part ya.. kiranya berepisod gak la.. Yer la, bukan boleh direct ngadap pc nih.. walau nama duk rumah sepenuhnya banyak kerja lain nak kena settle..  Ok kita ke part pertama acara mini gader kat rumah Secubit Garam smlm (16.10.2010)

Seperti yg sedia maklum K.Nor ada menjemput tetamu VIP ke rumah K.Nor smlm kan. Baru2 ni dia beritau nak ke K.Trg menghantar PIL dia yg nak ke Mekah (naik kat airport Trg), langsung K.Nor jemput dia dan isterinya ke rumah. Kalau tak payah dah nak dpt peluang jumpa dgn blogger top nih..hehe  Pastu bila dah set masa tu lepas PIL dia check in, dia akan terus la ke rumah K.Nor. Tapi kehendak Allah lain, tak sama yg kita manusia ni rancang. Tetamu VIP sampai lewat sket sbb dia gi cari hotel utk check in dulu. Basahkan kepala sbb kepalanya dah sakit sgt. Yer la seharian duk kat airport dgn org ramai lg. Lagi pun dah 2 hari duk driving jer. Alhamdulillah.. sampai gak dia suami isteri kat rumah K.Nor.


Sebelum tu pg smlm K.Nor jemput sekali teman2 blogger yg duk area K.Trg ni gak. Antaranya Shita, tokey catering kat K.Trg ni. Baru2 ni Shita ada jemput K.Nor ke rumah terbuka dia dah kebetulan masa tu duk nak settlekan puasa 6 K.Nor tak leh nak gi la. Tu yg K.Nor jemput Shita dtg kerumah gak smlm. Pertama kali jumpa dgn Shita ni kat rumah PIL K.Nor tahun lepas masa kenduri kawin SIL K.Nor. Alhamdulillah Shita bakal menjadi tetamu Allah tak lama lagi, 26 Okt ni bakal berlepas ke tanah suci Mekah bersama dgn ibu dan bapanya. Semoga Allah melimpahkan kesihatan yg baik buat Shita dan kedua org tuanya serta dipermuadahkan segala urusan kat sana. Juga semoga selamat pergi dan kembali serta mendapat haji mabrur.. amiiin..


Ni pula Liza yg selama ni duk sembang tp tak pernah jumpa. Liza dtg bersama dgn kakaknya Hafida. Dia org ni sampai serentak dgn Shita. Dah pakat ek.. hehe



Tak lama lepas tu Waniey pulak sampai dgn kawan baiknya Yati. Sebelum ni Waniey mmg dah rancang nk dtg rumah K.Nor masa raya tp tak berkesempatan. Kiranya gader smlm cam sambut raya gak ya Waniey. Haa... Waniey siap buat kek cekelat lg masa datang tu. Bukan nak bodek ya Waniey, kek tu mmg lembut dan sedap! Anak2 K.Nor pun suka.. psst!! nak resipi boleh? hehe Waniey siap ke Kg. Seberang Takir utk beli keropok lekor utk dihidangkan ke Ben dan tetamu K.Nor yg lain.. Mekasih banyak2 ya .... :)

Dr kiri, Hafida, Shita, Liza, Yati dan Waniey.

Macam biasa, adegan yg tak leh dipisahkan, posing ramai2. Kalau tak posing nanti tak ada kenangan bergambar sama2 kan.. :)

Ni dia kek coklat, buah tangan dr Waniey. Sedap kek nih.. lembut!

Buat Shita, Liza, Hafida, Waniey & Yati... mekasih sudi meluangkan masa ke rumah K.Nor. Mekasih juga atas buah tangan yg masing2 bawa.. Dah kenal rumah K.Nor kan, jemput dtg lagi ya... Dan maaf lah kalau ada kekurangan layanan masa gader2 smlm... :)