f Secubit Garam: Jom Ke Bali :)

N3 Terkini

Tuesday, October 5, 2010

Jom Ke Bali :)

Ada sapa2 nak itut g Bali tak? Meh ler tp tiket flight, hotel dan makan2 semua sendirian berhad yg tanggung ya.. Kalau nak suruh K.Nor tanggung boleh.. tunggu dpt BE manjang, pastu tunggu earning ribu raban tiap2 bulan.. haha.. yer la tu.. org kata tunggu kucing bertanduk dulu kut.. eh bukan ke dah ada kucing yg bertanduk? ermmm tak pasti la.. sekarnag ni dah banyak perumpamaan dolu2 yg dah tak boleh diguna pakai spt takkan pisang berbuah dua kali sbb dah ada pokok pisang yg berbuah 2x kan.. Pernah terbaca kes ni sebelum ni..

Ok lah... tak yah nak berangan la nak gi Bali tu.. baik gi umrah dulu kan.. lagi best. Sebab tak dapat ke Bali meh kita makan lauk ada kaitan dgn Bali gak nih. Tak tau la menu ni berasal dr Bali atau tidak tp K.Nor ambil kat satu blog yg baru jer K.Nor kenali 2 - 3 hari lepas. Kalau tak silap tuan empunya blog Oh Malaysia ni asal dr Kg Mengabang Lekor, Batu Rakit. Tempat kopok lekor banyak tu....Sekarang Amir Said dah jd org Kemaman. Sorang anak muda yg rajin masak tu.. dia duk kat Aussie. Kalau tak silap kat Adelaide kan? Anak sdara saya ada sorang kat Adelaide, baru jer gi sana this year. Juga study dlm bidang farmasi tp tak pasti la kat U mana.


Jom kita tengok resipi Ayam Masak Bali by Amir Said. Tak tau rasa camna sbb tukang masak tak leh nak merasa lagi.. :) Tapi kalau ikutkan dr bau masa goreng ayam tu, mmg wangi jer. Insyaallah sedap la tu .. Amir, saya edit sket bahan2 dan cara memasak ya  yg kaler hijau tu) dan mekasih ya kerana sudi berkongsi resipi.


AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula



Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.


* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.

10 comments:

  1. kak nor punya nampak lagi sedap. hehe.. :-)

    btw saya uni of south australia. kat Adelaide, uni ni je ada course farmasi. so anak sedara kak nor tu satu uni dgn saya la. maybe dia junior saya...

    ReplyDelete
  2. amir >> tak la.. biasa2 jer ni.. mesti yg tuan resipi lg sedap kan.. :)

    rasanya la kut dia junior amir.. cari jgn tak cari yg mana satu ya.. kalau dah jumpa beritau saya hihii

    ReplyDelete
  3. Gosh, temptingnye ayam tuh KakNor! Takleh tahan tengok...droooooool nonstop. hmmmmm ;)

    ReplyDelete
  4. cikmin dah cuba menu ni malam tadi..sedap ... :) guna setengah ekor ayam jugak..licin...

    ReplyDelete
  5. ehhh...kak nor dah komen kat sana dulu ye..tak perasan...tapi k.nor punya ni..bukan main cantik dengan daun2 tu..mmg terbayang bali dah ni tau.. :P

    ReplyDelete
  6. Kak nor ni..masak hebat,...posing tu pun hebat tau....ooootak leh rase lagi yer...pose ker? samala kita.....:)...ada lagi ke puding susu....terliur lah......

    ReplyDelete
  7. nor, nampak pun dah sedap belum merasa lagi nih. kalau dapat kat kak rose mau licin sekali nagadap jer!

    ReplyDelete
  8. salam kak nor...next ajar plak cara nk wat bunge2 kecik tu...comey! :)

    ReplyDelete
  9. love >> love selalu drool dgn ciken ek.. nah amik 2 ketul, tak leh banyak2 sbb sedap nih.. tak cukup buat sendiri ya.. hihi

    min >> betul!! sokong 100% mmg best..k.nor pun dah makan maghrib td.. cukup puas hati :)

    ayu >> yep, pose td.. tu yg tak leh nak rasa lepas masak :) tp maghrib td dah rasa pun, mmg best tau ayu try la buat :)

    k.rose >> wahh k.rose, mmg suka ayam ke? tp mmg puas hati la buat ayam ni k.rose, simple jer bahan2 dan method dia.. rasa pun mabeles

    deliah >> w'salam del.. aik.. mata tertumpu kat munge2 kecik tu ke hehe.. nnti la k.nor try buat the making ya.. insyaallah :)

    ReplyDelete
  10. Hi K. Nor, wow! Bali? I sure would love to go. Read, heard about the food there, fabulous!

    And your this Bali chicken is outstanding! I think 6 pieces will do me fine, ha ha.
    You have fun, and keep well, Lee.

    ReplyDelete