f Secubit Garam: Cottage Pie

N3 Terkini

Wednesday, October 13, 2010

Cottage Pie

Minggu lepas ternampak Wani (Syazwani Adnan) beritau kat wall dia di FB yg dia dah berjaya buat Cottage Pie yg sedap dan memenuhi citarasa dia dgn berpandukan pd resipi Cottage Pie kat web Cooking For Engineers dan cam biasa la tukang masak mmg sentiasa edit situ sini kan Wani :) Terseru la pulak nak tengok resipi tu dan terus search web tu. Nampak menarik dgn kaedah step by step yg dipaparkan. Maka tukang masak ni duk study la resipi tu. Pastu search pulak kat MyResipi, ada terjumpa 2 resipi Cottage Pie. Tak tau nak guna yg mana satu, lepas peram 4 -5 hari resipi tu akhirnya K.Nor plan nak buat sendiri resipi Cottage Pie ni. Tak tau la hasilnya camna, kena trial & error kan kalau bab masak2 ni.


Lepas lunch td mula la start buat Cottage Pie hasil olahan dr resipi kat web CFE tu. Tau aje la resipi omputih ni ada yg tak leh kita guna sepenuhnya kan. Dan tak semua bahan kita ada kat dapur. Kena la ejjas situ sini kan.. Bila dah duk dlm oven tu, wahhh wangi jer bau. Bila dah masak, posing2 kejap pastu sesi masuk ke mulut. Wahhhhh manyak sedap woooo!! hihi.. Si anak dara siap cakap lagi, Mak!! Sedapnyer!! Hahhhh.. puas hati si tukang masak.. Alhamdulillah.. tak sia2 study nak menghasilkan resipi sendiri walau hasil olahan dr resipi org lain.


Dari 1 bekas 4 segi dan 2 bekas ramekin ni, tak sampai 1/2 jam, tinggal 1 bekas ramekin jer lagi. Cik Abg aje 1/2 bekas 4 segi tu, dia duk hadap sorang2. Sedap la tu.. hehe Tak rugi mencuba Cottage Pie hari ni. Bagi sesiapa yg nak tengok the making of Cottage Pie versi asal by CFE tu boleh la klik kat SINI. Yg K.Nor letak kat bawah ni resipi yg K.Nor buat dan dah diedit mengikut selera dan keselesaan si tukang masak. (haa...yg 1 bekas ramekin tu kena simpan, insyaallah esok hero no2 balik, cuti asrama selama 4 hari. Nak gak bg dia merasa hasil tangan si emaknya nih hehe)

COTTAGE PIE My Style
sumber rujukan : CFE

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar


Cara2:
Bahagian Atas:
Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut.
Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan.
Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam.
Ketepikan.

Bahagian Bawah:
Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td.
Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang.
Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk.
Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam.
Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang.
Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.
~ ~ ~ ~ ~ ~
Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan.
Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket.
Tabur parutan keju dan potongan butter.
Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
Boleh la dihidangkan panas2..
Slmt mencuba... :)


** K.Nor terlupa nak letak potongan butter kat atas ubi kentang tu sebelum bakar td.. haish...  tak per, rasa tetap yummy!! :)

Kalau terlebih ghajen boleh la masukkan kentang lenyek tu dlm piping bag dan picit aje dgn menggunakan noozle yg disukai :)

14 comments:

  1. salam nor,
    memang sedap ni..macam sheperd pie pun ada
    kan rasanya..kita punya turnlah lap tisu..hehe

    ReplyDelete
  2. woww!...looks yummmyyy!!..ni omputih sesat nk interframe...hihik...boleh ler try gak nanti...nmpk cam kene jer ngn taste dyg... ;)

    ReplyDelete
  3. salam k.nor,ni leh try buat nih..tapi sebelum tu nak ambik sepiring dari rumah ni..ada lagi ker?:D

    ReplyDelete
  4. wahh, tiba2 naik namaku di sini. he he (bila lah nak update blog ku itu.. hu hu)

    k.nor, wani gagal memicit mashed potato ke atas filling. sbb tak betul2 mash kot. ada ketul2. plus wani guna biggg nozzle. maybe tak lawa, so next time kena guna nozzle sederhana :)

    k.nor mash ngan tangan ke? atau mash dalam blender?

    ReplyDelete
  5. hmm... tgk pd bhn n style masak, lebih kurang mcm sheppard pie kan k. nor... emi bleh bayangkan betapa sedapnya org2 kt rumah mkn pie tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  6. sedapnyeeeee kak nor....meleleh nengok..

    ReplyDelete
  7. ayu >> kalau sherperd pie tu dibuat dgn daging kamben.. kalau guna dgg lembu baru panggil cottage pie

    ehhh cukup tak tisu tu? nah amik sekotak lg nih hehe

    dayang >> haha.. mek saleh sesat ya.. try la dayang.. mabeles sgt :)

    anim >> secubit pun tak leh nak beri camna nak beri sepiring.. dah2.. gi cari bahan2 esok2 buat ya.. hehe

    wani >> agak2 tersedak tak td? hehe.. mekasih buat wani yg dah beri idea utk k.nor buat cottage pie nie.. tq2 ...mmg sedap kan

    k.nor mashed by hand jer wani, padahal fp ader jer hehe..tak smooth sgt tp mula2 payah gak nak picit, so k.nor tambahkan sesudu lg butter, pastu ok jer masa picit.. try la :)

    aile >> mmg sama jer tp tak serupa sbb kalau sherperd pie tu guna daging kamben :)

    leen >> jap2.. nak amik besen wat tadah tu.. hehe

    ReplyDelete
  8. loook so nyummy...mo buat rrr blk kg nnt :)

    ReplyDelete
  9. Assalmualaikum...

    kak nor, baru tgk dah nmpak sedap.Belum rasa lg nie :)

    ReplyDelete
  10. Salam Nor...
    Curi tulang jap...jalan2 kat umah nor nie... tergoda betol ngan Cottage Pie yang nor buat.. anak2 akak mmg sukee klu makanan omputih nih... akak cube resepi nor yer.. klu nor kata sedap mesti sedapp kann..

    ReplyDelete
  11. salam...nak nyibuk gak!!!
    hehehe, kaknor kalo daging kambing paggil shepherd pie, daging cottage pie, kalo daging ayam..nak panggil apa ya???

    ReplyDelete
  12. salam..sedapnya akak..hmm xde oven nak baking2 ni..hua..jelosnya saya tgok geng2 blogger yang pakar memasak..

    ReplyDelete
  13. linda >> slmt mencuba moga2 kena dgn selera linda sekeluarga ya..

    mysdear >> w'salam, hehe.. kalau rasa mesti nak lagi dan lagi.. :)

    k.ede >> jaga2.. bos kat belakang duk ngendap apa k.ede buat tu.. hehehe

    slmt mencuba k.ede.. dah masak nanti, pass kat nor sket ya.. :)

    B >>salam B, nyibuk la nak nyibuk banyak mana pong .. hehe..

    erkkkkk... cikgu akak tak sempat ajor la bab ciken B.. nanti akak cari dlm kamus dewan makan dulu ek.. agak2 reban pie kut hihii

    fawwaznuha >> kumpul duit, pastu beli la oven biasa sebiji.. ada yg tak sampai 100 hingget.. ok dah tu sebagai permulaan nak main baking2 nih ya.. :)

    ReplyDelete
  14. salam k.nor

    waa,sedapnya..teruja saya tgk resipi ni :)

    ReplyDelete