f Secubit Garam: Salad Terung Gril

N3 Terkini

Saturday, October 23, 2010

Salad Terung Gril

Menu pengiring kepada Singgang Sotong, Salad Terung Gril. Masakan Thai ni mmg sedap dan mudah disediakan. Terung tu kalau kita bakar atau gril atas pan mmg wangi jer. Kena pulak dgn sosnya yg masam2, pedas tu. Memang memikat selera. Pada penggemar terung maupun penggemar masakan Thai, try la ya..


*Kali ni K.Nor tak letak telur rebus tu, kebetulan ayam mogok nak bertelur hehehe...


SALAD TERUNG GRIL
resipi dr buku masakan Thai

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan (nk goreng tanpa minyak pun boleh)
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi


Gril atau celur terung hingga lembut. Bg K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

8 comments:

  1. k.nor,saya masak ayam kung pao ni sesuai sgt lah dgn terung grill.pebret saya terung merung nih.ada lagi?naaak:D

    ReplyDelete
  2. Terung Ni Masak Apa Pun Sedap!...

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...x tahan tgk singgang sotong ngan terung tuh...habis separuh piyok klu dibiarkan :D

    ReplyDelete
  4. anymy >> wahh sedap tu ayam kungpao.. meh la kita wat sistem barter hehe

    lin >> betul tu lin.. mmg best :)

    deliah >> salam del.. hehehe.. mmg best nih.. akak masak nasi lebih nak? hehe

    ReplyDelete
  5. Hi K. Nor, first time I see this cooked this way. Sure looks very sedap first class.
    And adding those leaves is a sure thing too, adds the scent.
    By the way, saya da copy your mee goreng pic. Boleh kan? Outang you dua teh tarek lambong tinggi.
    Oh ya, senand datang, have displayed one of your dishes in my cherita baru.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  6. waaa...cedapnyer kak nor...simple but tempting arrr......mintak sket .......nasi panas2 ngan lauk ni dah cukup kan?

    ReplyDelete
  7. uncle lee.. hello uncle lee.. tak pernah makan lg ya.. nanti kalau dah makan, mmg bertambah2 nasi tu :)

    ReplyDelete
  8. ayu >> mmg chedap ni ayu, try la :)

    ReplyDelete