f Secubit Garam: masakan thai
Showing posts with label masakan thai. Show all posts
Showing posts with label masakan thai. Show all posts

Friday, July 19, 2013

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul tak buat menu ni.. Kebetulan smlm ke pasar tani, sempat merembat 3 ekor ikan talapia, ikan kegemaran hero bongsu. Bulan Ramadhan ni, insyaalllah tiap2 weekend dia dan Aisyah balik cuti utk berbuka. Biasalah di bulan Ramadhan, kelonggaran sket utk balik hujung minggu bagi pelajar asrama. 

Selalunya kalau beli talapia, K.Nor suka goreng garam kunyit jer selain dr dibuat 3 rasa. Memang sedap, insyaallah berselera Luqman makan, siap meratah2 ikan. Tiada yg menggembirakan hati sorang ibu bila melihat anak2 makan dgn penuh selera kan.. tambah lagi kalau duk asrama, balik sesekali mesti nak makan menu kegemaran dia org kan..

K.Nor tukar sket nama tajuk menu yg asalnya IKAN GORENG DLM SOS DAUN LIMAU PURUT. Resipi dari buku Masakan Thai yg pernah K.Nor kongsikan beberapa kali sebelum ni.. Senang cakap, rasanya sangat sedap, menyelerakan... Ada rasa masam2, pedas dan sedikit manis, dgn aroma daun limau purut.. Cuba la.. tak cuba mana nak tau kan.. Bagi yg dah pernah cuba dulu2 tu, pasti masih teringat keenakkan masakan ni kan.. :)

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 ekor ikan talapia ~ boleh guna ikan bawal, tenggiri, siakap, kerapu
1/4 cawan tepung serbaguna ~ jika tiada boleh gantikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara:
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Monday, January 16, 2012

MENU ULANG TAYANG...

ASSALAMUALAIKUM...

Layan jer ya menu ulang tayang.. ntah dah berapa kali buat dan dah berapa kali tayang.. Saja la dr blog tak berhapdet, so tayang jer la apa yg patut. Kut2 ada yg belum terserempak lg dengan masakan yg K.Nor tayang malam ni.  Ikan Gorang Dalam Sos Limau Purut, sejenis masakan Thailand. Terpulang lah, nak guna ikan apa.. Ikan talapia boleh, ikan bawal, ikan kerapu, siakap, tenggiri pun boleh.. Nak guna ikan kembung pun boleh.. bukan tepuk dada tanya selera tapi bukak esbok, tengok ikan apa ada kat freezer.. hehe

Rasanya dah ramai yg cuba masakan ni kan.. Ada rasa masam2 pedas.. dan semestinya sangat menyelerakan .. Slmt mencuba bagi yg belum pernah cuba ^____^

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Friday, September 9, 2011

UDANG GRIL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Satu resipi yg amat patut dibuat bagi penggemar masakan udang atau juga kepada penggemar masakan Thai. Sangat2 menyelerakan dan tak rugi mencubanya. Penyediaannya bahan2 dan cara memasak juga mudah, insyaallah, rasanya pasti memikat selera. Ratah aje laaaaaaaaaagi la sedap!

Resipi asal hasil gali2 kat blog Glorius Treat yg banyak memaparkan resipi2 enak. Owner blog ni mmg suka dgn masakan Thai, ada bermacam2 resipi masakan Thai walaupun dia tu Canadian (kalau tak silap K.Nor la) Dia juga suka mencuba pelbagai resipi dari negara2 lain.. ishhhh... cam promote la pulak! hehe Takper.. nanti kalau income blog dia naik, masyuk banyak, boleh gak gi claim royalti dgn dia kan.. hehee

UDANG GRIL TOMYAM
resipi asal dari : Glorius Treat (Tom Yum Grill Shrimp)
sumber dan diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm udang ~ dibuang kulit dan kepala
2 btg serai ~ dihiris halus(boleh gantikan dgn parutan kulit lemon)
3 ulas bawang putih
1in lengkuas ~ dihiris nipis
1/2in halia ~ dihiris
3 - 5 bj cili padi
1 biji limau nipis ~ ambil jus
2 btg daun bawang ~ dihiris
1/2 sudu teh belacan ~ optional
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula ~ boleh guna gula putih atau gula perang/gula melaka
1/4 cawan daun ketumbar ~ dihiris halus
lidi satay secukupnya

Cara:
Tumbuk kesemua bahan kecuali udang dan daun ketumbar hingga halus (lebih senang kalau digunakan food processer). Gaulkan dgn daun ketumbar yg dihiris halus.
Perapkan udang dgn bahan2 tadi sekurang2nya 10 min.
Cucuk udang menggunakan lidi satay.

Kemudian gril udang (menggunakan grill pan atau frying pan) (2-3 minit utk sebelah udang)
Bila masak, hidangkan atas pinggan (jgn masak terlalu lama, nanti isi udang jd keras dan tak juicy)

Panaskan lebihan perapan udang sekejap hingga sedikit kering dan tuang atas udang tadi.
Sedia utk dinikmati :)

Tuesday, February 1, 2011

Daging Gril Pedas

Daging Gril Pedas, menu masakan Thai yg jadi hidangan lunch hari ni. Dah ramai yg cuba masakan yg sedap ni.. Bagi yg belum tu, cuba la.. insyaallah tak rugi punya terutamanya bagi mereka penggemar masakan Thai..

DAGING GRIL PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris
letak serbuk cili kasar

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
Tabur dgn serbuk cili kasar semasa menghidang.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

Thursday, January 27, 2011

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut

Ermmm.. ikutkan hati nak buat short from jer tajuk yg panjang berjela tuh.. Kang ada pulak yg bising2.. heeeee.... Tak per la.. K.Nor taip penuh la ya.. Menu hari ni, Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, menu yg tak puas dimakan. Sedap dibuat dgn apa aje ikan semestinya ikan yg isinya putih la spt ikan talapia, tenggiri, siakap, bawal.. apa lagi ek.. Haa... kalau nak tukar guna udang atau sotong pun sedap. K.Nor dah pernah buat dulu dgn menggunakan udang. Tetap sedap hingga menjilat jari...

Jom tengok resipi Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, resipi masakan Thai utk menu lunch hari ni..

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Thursday, December 9, 2010

Seafood Tomyam

Sesekali mood masak2 terbang. Nak ke pasar beli lauk basah pun mood tak ada gak. Penyebab tak ada mood? Ntah.. tiba2 jer. Masak jer la apa yg ada dlm esbok utk anak teruna sorang tu. Buat Seafood Tomyam dan goreng ikan. Nasi putih wajib la kan.. Cukup la tu utk dia sorang jer lunch. 

Saturday, October 23, 2010

Salad Terung Gril

Menu pengiring kepada Singgang Sotong, Salad Terung Gril. Masakan Thai ni mmg sedap dan mudah disediakan. Terung tu kalau kita bakar atau gril atas pan mmg wangi jer. Kena pulak dgn sosnya yg masam2, pedas tu. Memang memikat selera. Pada penggemar terung maupun penggemar masakan Thai, try la ya..

*Kali ni K.Nor tak letak telur rebus tu, kebetulan ayam mogok nak bertelur hehehe...

SALAD TERUNG GRIL
resipi dr buku masakan Thai

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan (nk goreng tanpa minyak pun boleh)
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Bg K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

Friday, October 22, 2010

Ke Thailand lagi..

Dua hari lepas dah ke Bangkok kan..  hari ni gi lagi. Menjamu selera dgn menu Thai lg nih.. Yg tu menu ayam, kali ni dgn daging lak. Masakan Thai mmg best, ratah2 aje mmg sedap. Cukup dgn rasa masam, masin, manis dan pedas! Dah ramai yg cuba masakan ni, ada jugak yg dah buat dgn ayam. K.Nor pun pernah try dgn ayam tp rasanya guna daging lg best. Try la buat ya bagi penggemar masakan Thai.

DAGING GRIL PEDAS

250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

~ ** ~ * ~ **~

5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
5 bj cili padi ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
1/2 sudu teh serbuk cili kasar

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

Monday, October 4, 2010

Daging Goreng Kari Hijau

Segarkan daun thai sweet basil ni. Tak sure la nama dia dlm Malay. Nak kata daun selasih, daunnya lebar2 dan besar2 dr daun selasih. Mungkin daun kemangi kut. Tapi daun kemangi local tak la pulak besar2 cam gini. Ke kemangi ni terlebih subur kut.. hehe

Dengan daun ni K.Nor masak Daging Goreng Kari Hijau, masakan daging yg sedap, masam2 dan pedas2 dgn menggunakan pes kari hijau import dr Siam .. mekasih dear :) Resipi pulak dr buku masakan yg dah dialihbahasakan oleh tukang masak yg tak pro nih.. hehe.. nak resipi boleh selak kat SINI ya... mmg simple jer penyediaanya. Bahan2 pun tak banyak. Kalau tak ada daun ni boleh guna daun pudina dan kalau tak nak guna daging boleh guna ayam. Ikut selera masing2 ya.. Resipi ni mmg recommended bg yg ada pes kari hijau. Selain digunakan utk masak Ayam Kari Hijau boleh la gunakan pes tu utk masak daging goreng kari hijau ni ya.. slmt mencuba..

Gambar pinjam dr mr. google ...
Kalau kat sini, yg ni dipanggil daun selasih
Daun dia lebih kecik

Kalau nak tau lebih lanjut kepelbagaian daun basil ni boleh tengok kat sini ya..

Thursday, September 16, 2010

Udang Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Hari ni kan, duk mereka2 lauk apa nak dibuat dgn udang ni. Kejap rasa nak buat butter prawn, pastu terfikir lak nak buat udang sos cili thai.. Last2 bila masuk dapur menu lain lak yg dibuat. Teringat Ain pernah buat Udang Sos Daun Limau Purut menggunakan resipi Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut. K.Nor pun nak try la buat cara Ain tu.. Hasilnya? Spt biasa, mmg mabeles!! Try la, rasanya maintain sedap spt menu asal menggunakan ikan. Nak resipi boleh klik kat sini ya.. Insyaallah.. tak rugi mencuba, kan Ain :)

Friday, August 27, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai

Menu simple jer utk berbuka semalam, Udang Goreng Sos Cili Thai. Ada rasa masam,manis dan pedas. Biasa la tu, kalau masakan Thai mmg kena ada semua rasa tu kan.. Meh tengok resipi simple yg dtg idea spontan nih..

UDANG GORENG SOS CILI THAI

300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis/brokoli
5 - 7 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis/brokoli.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.

Saturday, August 21, 2010

Pla Lui Suan @ Ikan Dalam Taman

Lama betul tak buat lauk ni, resipi dr buku masakan Thai. Dah ramai yg try masakan ni, alhamdulillah.. mmg best. Nak buat masakan ni kena buat dulu Pes Cili Sangai, baru la boleh teruskan dgn goreng ikan dan buat Sos dia tu. Sos tu mudah aje disediakan, cuma hiris semua bahan2 yg perlu dihiris dan gaulkan dgn bahan2 selebihnya. Pastu curah aje atas ikan yg siap digoreng.. Resipi Pes Cili Sangai boleh ditengok kat sini ya.. Kalau nak buat pes tu, boleh la buat 1/2 dr resipi tu spt yg K.Nor buat tu. Sbb kalau buat 1 adunan mmg banyak gak la. Lebihan pes tu boleh la dibuat masakan lain, spt goreng dgn sotong, boleh dibuat masakan tomyam (yg ni pebret Kakyu Myr)

Ok, jom tengok resipi Ikan Dalam Taman ni..

IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN

1 ekor ikan siakap
 1/2 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan dan keringkan.
Celup ikan dlm tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Toskan dan letak atas piring.

~~~~~~~~~~

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

Monday, April 5, 2010

Salad Terung Gril

Menu yg membangkit selera makan.. menambah kesedapan masa makan nasi.. Istimewa bg penggemar terung dan masakan Thai.. Try la ya..

Kalau nak resipi tengok kat N3 ni..

Tuesday, March 9, 2010

Daging Goreng Kari Hijau

Resipi ni K.Nor nak suggest pada sapa2 yg ada stok rempah kari hijau(terutamanya pd Ika yg semestinya ada stok paste ni kan). Dan sebagai satu lg alternatif utk memasak daging. Agak menyelerakan bg K.Nor sbb adanya rasa masam2 dan pedas. Sebenarnya resipi ni bukan K.Nor yg create tp K.Nor amik dr sebuah buku masakan (dlm BI) yg dah lupa tajuknya tp kalau tak silap 'Low Fat' by Hamlyn. Buku ni K.Nor baca masa duk lepak2 kat rumah anak sdara K.Nor yg kat Kelana Jaya dulu tu. Dah lama benor resipi duk terperam dlm beg. Kaedah memasak yg simple dan bahan2 yg digunakan pun simple, terus K.Nor salin resipi ni sbb dah nampak cam sedap jer.

Jom kita tengok resipinya..

DAGING GORENG KARI HIJAU
sumber: buku 'LOW FAT' by Hamlyn

300gm daging batang pinang ~ dihiris nipis2
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 - 2 sudu besar thai green curry paste
Kailan/cellery/kacang buncis/kacang panjang ~ dipotong serong
150ml air
sedikit daun selasih/pudina ~ k.nor guna daun pudina
minyak
* k.nor tambah sedikit hirisan capsicum hijau

Panaskan sedikit minyak dlm kuali non stick.
Goreng daging selama 2 minit dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak/air daging dlm kuali dan goreng bawang besar hingga layu.
Masukkan green curry paste dan goreng lg lebih kurang 1 minit.
Masukkan air dan biarkan seketika baru lah dimasukkan sayur.
Kacau2 sekejapa barulah dimasukkan daging.
Masakkan utk 1 minit lg barulah dimasukkan daun selasih/pudina dan dikacau selama 30 saat lagi.
Padamkan api dan terus hidangkan panas2.

* boleh dimakan dgn bubur nasi
**boleh digantikan daging dgn isi ayam

utk ayam:
300gm isi ayam ~slice
2 sudu besar green curry paste
daun limau purut ~ carik2kan

Sunday, January 24, 2010

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Menu repeat aje hari ni. Walaupun repeat, sgt2 sedap. Masakan Thai yg cukup dgn rasa masam, masin, manis dan pedas. Cukup menyelerakan. Kalau tak caya tanya Ummi Kuantan, dia pernah masak lauk ni.. kan Ummi kan.. hehe Kali ni K.Nor gunakan ikan tenggiri pulak. Rasa tetap mabeles! Seisi keluarga suka lauk ni. Cuba la..

K.Nor letak sekali lagi resipi yg diambil dr buku masakan Thai ni.. Slmt mencuba..

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Ini pula ayam goreng tandori. Ayam yg digoreng dengan rempah tandori keluaran Maggi. Cukup mudah membuatnya sekadar membancuhkan rempah tandori dgn sedikit air utk menjadikannya paste dan gaul aje dgn ayam yg dah dipotong dan dibersihkan. Perap dan goreng hingga masak. Siap! Mudah aje kan. Sudah cukup dgn rasa rempah, pedas dan masam. Makan panas2 mmg best.

Lama tak tayang set lunch rasanya. So kali ni layan menu lunch K.Nor sekeluarga. Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut, Ayam Goreng Tandori dan Tumis Air Cendawan Bersayur. Alhamdulillah... kenyang dgn rezeki Allah kurniakan...

Tuesday, November 24, 2009

Salad Terung Grill

Dah pernah tengok dulu kan menu ni.. Ni la dia Salad Terung Gril. Bagi penggemar terung dan masakan Thai, sgt2 direkomen utk dibuat. Insyaallah sedap! Masakan ni K.Nor ambil dr buku resipi Masakan Thai yg K.Nor beli lama dulu. Salah satu menu febret Cik Abg K.Nor. Kalau ikutkan kehendak resipi dia sarankan kita grill atau rebus dulu terung tu dan siatkan kulit luar terung. K.Nor tak rebus dan tak siat kulit terung pun tp gril aje atas frying pan. Bila kita grill ni lagi sedap sbb terung tu berbau wangi jer. Try la kalau tak caya :)

Ok, K.Nor paste balik resipi tu kat sini ya.. selamat mencuba!

SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

Saturday, October 10, 2009

Ikan Goreng dlm Sos Daun Limau Purut

Panjang ke nama dia? Nama dish ni dlm Siam pun panjang gak tau.. Sebut elok2 ya, kalau terbelit lidah, uraikan sendiri.. Pla Tod Rad Sos Bai-ma-krood. Satu lagi resipi dr buku masakan Thai yg dulu tu. Dah lama aim nak buat, takut tak sedap. Taaaaaaaaapi bila buat, sedap la pulak. Enak dimakan panas2. Ratah aje pun sedap. Sos dia tu best, dgn rasa masam, manis dan pedas. Biasa la... masakan Thai mmg tak lari dr 3 rasa utama ni kan..

Jom kita tengok resipi dia.. Ni dr resipi asal yg dah diedit sedikit ttg penggunaan gula dan tepung jagung yg K.Nor rasa agak banyak. Jadi K.Nor dah kurangkan tu..

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Saturday, October 3, 2009

Kerabu Seafood

Last menu seafood utk lunch semalam, Kerabu Seafood. Sedap!! Along 1st time makan kerabu2 nih.. best sgt dia kata.. :) Ada org nak resipi tak? Kalau ada angkat tangan ya.. nanti K.Nor letak, ada banyak kerja nak kena settle lagi nih..

Special utk Ain ...

KERABU SEAFOOD

sotong ~ dibersihkan dan dipotong
udang ~ dibuang kulit
1 bj tomato ~ buang biji dan dipotong memanjang
lobak merah ~ dihiris cam batang mancis
2 ulas bawang merah ~ dihiris halus
5 -7 bj cili padi ~ dihiris/ditumbuk
daun sup dan daun ketumbar ~ dihiris halus
3 atau 4 sudu sos ikan
1 sudu besar gula
garam ~ optional (biasanya dah cukup masin bila guna sos ikan)
3 sudu besar jus limau nipis ~ tambahkan lagi kalau kurang rasa masam

Celur sekejap sotong dan udang. Toskan.
Gaul semua bahan2 hingga sebati.
Rasakan, biar ada rasa masam, masin, manis dan pedas.
Sedia utk hidangkan.

# kalau nak letak hirisan mangga pun boleh..
## boleh gak nak letak isi kupang dan isi ikan spt ikan merah/tenggiri/siakap.
### kalau menggunakan isi ikan, perap isi ikan dgn tepung jagung dan bilas bersih2 baru la di celur.

Tuesday, August 11, 2009

Tomyam Udang + Sotong

Menu dikala kelewatan masuk opis.. main campak2, humban2.. kejap jer dah siap tomyam udang + sotong.. :)

Friday, August 7, 2009

Yum Ma-khuea-yao

Amacam, berbelit tak lidah? Nama Melayu dia Salad Terung Gril. Lama dah kan tak buat masakan dr buku masakan Thai K.Nor tu.. Ni satu lg resipi yg simple, mudah dan menyelerakan. Kalau tak caya, tanya Cik Abg K.Nor.. hehehhe. K.Nor buat 2 bj jer terung td tu, sorang satu la. Yer la kan, anak2 tak makan. Dalam gitu, tak cukup lak dia makan, siap nak ngendeng yg K.Nor punya. Tu pun dah sound utk malam karang ada lg ke? Yg belum masak ada la terungnya dlm esbok. Jawabnya kena la buat lg. Sebenarnya K.Nor dan cik abg jarang makan nasi malam, tu yg buat 2 bj jer terung. Tak per la, sos ada balance lg tu. Cuma grilkan terung aje. Yer la, cik abg nak makan, cik adik kena la buat kan.. :)

Kepada penggemar masakan Thai yg sentiasa cukup dgn masam, manis, masin dan pedas serta peminat lauk terung, cuba la ya... Insyaallah sedap!