f Secubit Garam: Salad Terung Grill

N3 Terkini

Tuesday, November 24, 2009

Salad Terung Grill

Dah pernah tengok dulu kan menu ni.. Ni la dia Salad Terung Gril. Bagi penggemar terung dan masakan Thai, sgt2 direkomen utk dibuat. Insyaallah sedap! Masakan ni K.Nor ambil dr buku resipi Masakan Thai yg K.Nor beli lama dulu. Salah satu menu febret Cik Abg K.Nor. Kalau ikutkan kehendak resipi dia sarankan kita grill atau rebus dulu terung tu dan siatkan kulit luar terung. K.Nor tak rebus dan tak siat kulit terung pun tp gril aje atas frying pan. Bila kita grill ni lagi sedap sbb terung tu berbau wangi jer. Try la kalau tak caya :)

Ok, K.Nor paste balik resipi tu kat sini ya.. selamat mencuba!


SALAD TERUNG GRIL

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.




4 comments:

  1. mesti sedap kan?? lg2 ada telur rebus tu!!! geram tengok kuning dia yg mcm 3 suku msk aje!!!hehe

    ReplyDelete
  2. salam kenal dan selamat pagi,
    mama nak mintak resepi nak cuba buat boleh ke?

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nor,
    wah! terung pun bole wat salad, kak? terliur ni. :) Selamat hari Raya AidilAdha, buat kak Nor sekeluarga

    ReplyDelete
  4. ain >> mmg sedap tau ain.. ada rasa masam, manis dan pedas.. cukup memikat selera tau.. try la

    mamamin >> salam dr nor .. silakan, dah letak resipi kat blog ni, tanda nak share la tu.. slmt mencuba ya

    nurindah >> w;salam nur, ni menu thai tau.. sedap sgt. try la nur

    slmt hari raya gak dr k.nor ya

    ReplyDelete