f Secubit Garam: Ayam Sos Lada Hitam

Tuesday, November 10, 2009

Ayam Sos Lada Hitam

Terpandang resipi Ayam Sos Lada Hitam ni kat MyR. Resipi dr Hamzan, jejaka baru kat MyR dan forum MyR. Terasa nak mencuba sbb bahan2 yg simple dan kaedah masak yg teramat simple. Semua main gaul dan perap, pastu goreng hingga masak. Simple jer kan..

Rasa ayam ni not bad tau, Cik Abg K.Nor suka. Siap ratah lg tu. Tapi ikhlas cakap, ada yg K.Nor edit. Bukan nak memandai edit resipi org tp rasa penggunaan sesetengah bahan tu agak banyak la.. maaf la ya En. Hamzan sbb saya dah edit sket bahan2 ni. Apa pun rasa dia tetap sedap dan terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Izinkan saya paste resipi tu kat sini agar dpt share dgn org lain ya.. tq


AYAM SOS LADA HITAM by Hamzan MyR
  • 2 ketul dada ayam. Dipotong dadu kecil2 atau dihiris nipis2.
  • Bawang putih 8 ulas ditumbuk lumat.
  • Halia dalam 6 inci atau lebih ditumbuk lumat kemudian masukan 4 5 sudu air dan dilenyek dengan lesung, diperah ambil jus nya. Blender lagi senang dengan sedikit air dan tapis.
  • Sos lada hitam 6 sudu besar.
  • Sos tiram 6 sudu besar. Kedua2 sos bergantong kepada kuantiti ayam, kalau banyak ayamnya maka tambahlah lagi sosnya.
  • Perahan limau nipis yang besar 1 atau 2 biji mengikut selera anda.
  • Gula 2 atau 3 sudu pun ikut selera anda.
  • Kicap manis pekat 3 atau 4 sudu.
  1. Jika anda rasa dada ayam itu mahal anda bolih guna bahagian lain ayam dipotong kecil2 jugak dalam 1 kilo. Banyak? hehe Percayalah, itu pun takut tak cukup.
  2. Semua bahan bahan diatas di gaul dalam 1 bekas dan diperap dalam peti sejuk selama 4 atau 5 jam bagi mesra macam bob. Perapan itu akan mengeluarkan air nanti jadi bila dimasak tak perlu bubuh air.
  3. Kemudian masukan dalam kuali atau periuk dan masak sehingga kuah jadi pekat. Jika anda guna dada ayam ianya memerlukan masa yang singkat, jika bahagian lain ayam contohnya tulang2, kepak, kaki, selangka, tengkok dan peha ayam masak lama sikit dan tambah air jika perlu.
  4. Tidak perlu minyak. Tidak perlu garam dan tok aji, diulangi tak perlu.. sebab sos tiram dah cukup masin. Dan jika anda nak tambah bahan bahan lain semasa memasak seperti cili merah atau apa2 jenis sayur pastikan bubuh sedikit saja supaya rasanya tak lari ke melaka. Senang kan?
  5. Resepi ini bolih lah dibelasah begitu saja atau dalam bahasa yang lebih sopan, diratah semasa menonton tv cerita CSI-miami musim ke-7 dengan pasangan masing2. Rasa2nya sekilo ayam tak cukup kot. Sesekali mewah macam omputih apa salahnya. Nak makan dengan nasi atau roti pun bolih terpulang pada anda.




Ni utk rujukan K.Nor di kemudian hari dan bukannya nak memandai2 ubah resipi org lain ya.. (sbb rasanya akan ada ulang masak lagi lauk mudah ni)

* halia : guna 2in jer (nak letak banyak2 kut anak tak makan bila kuat sgt rasa halia)
* sos lada hitam : guna 3 sudu besar + 1 sudu teh serbuk lada hitam yg diblend kasar
* sos tiram : guna 3 sudu besar jer
* kicap pekat : guna 2 sudu besar
* gula : letak 1 sudu besar jer (k.nor tak suka manis2 sgt)
* jus limau nipis : 3 sudu besar