f Secubit Garam: Terung Goreng Kicap

N3 Terkini

Tuesday, November 3, 2009

Terung Goreng Kicap


Ni menu ulang tayang. Saja wat ulang tayang, kut2 sapa2 yg tak ada idea nak masak tu, boleh la try masak lauk ni. Sedap, nak2 kalau makan dgn nasi panas2. Tak perlu dah lauk lain. Resipi ni K.Nor milik Mama 3D.. Ina.. nak kopipes k.. psst!! dah edit nih :)

TERUNG GORENG KICAP by Ina@Hana
  • 3-4 batang terung yg pendek2 tuh! - belah 2@serong
  • *10-15 biji cili padi
  • *1 btg cili merah - klu ade cili kisar bleh juga
  • * 4 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan kicap manis
  • jus limau kasturi@air asam jawa
  • segenggam ikan bilis goreng
  • segenggam bawang goreng
  • garam - jika perlu
  • Goreng terung hingga masak.ketepikan.
  • Tumbuk kasar@ blend tanpa air bahan2 yg bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bhn tumbuk hingga agak garing.
  • Masukkan kicap manis dan juga jus limau dan gaul rata. Tambah garam jika perlu.
  • Masukkan terung dan separuh drpd ikan bilis goreng.kacau dan tutup api.
  • Angkat dan hidangkan. taburkan bwg goreng dan baki ikan bilis goreng td.

No comments:

Post a Comment