f Secubit Garam: Udang Tiga Rasa

N3 Terkini

Sunday, November 8, 2009

Udang Tiga Rasa



Dari Dapur Ummi Kuantan K.Nor cilok resipi Udang Tiga Rasa ni, yg pemilik asalnya Che Mat Gebu. Sedap hingga menjilat jari. Ish takkan nak jilat pinggan atau kuali, tak senonoh la kan.. hehe Sapa2 yg ada stok udang tu, buat ler insyaallah tak rugi mencuba. Che Mat dan Ummi, mintak izin ya nak letak resipi kat sini.



UDANG 3 RASA by Che Mat Gebu
Bahan:-
  • 15 - 20 ekor udang sederhana besar
  • 1/2 biji capsicum merah - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji
  • 1/2 biji capsicum kuning - potong berbaji
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili (akak pun guna sos cili thai)
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 camca besar kicap cair
  • garam dan gula (optional)
  • 1/3 cawan air
Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan, toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga udang bertukar kemerahan. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak dalam kuali tadi.
  3. Tumis bawang putih,bawang besar dan cili kisar hingga harum.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata.
  5. Masukkan semua jenis capsicum dan air. Gaul rata.
  6. Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga kuah pekat sikit. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

  1. sedapnyaaa!!! udang ada dlm freezer tu, yg x de mood nk masak.hehehe

    ReplyDelete
  2. sala...
    cam nengok depan mata...leh amik mkn terus ^_^

    **hantu udang**

    ReplyDelete
  3. ain >> apasal tak ada mood ni.. kes ur wish tu ke.. tak per.. semua dah settle kan.. tak pun, bak sini udang tu, biar k.nor tulun masakkan, pastu k.nor tulun ngap dia sekali hihihi

    liza >> w'salam liza, kalau rasa tercapai dek tangan, amik ler ^___^

    psst!! akak pun antu udang gak :D

    ReplyDelete