f Secubit Garam: Daging Masak Kurma

N3 Terkini

Thursday, November 19, 2009

Daging Masak Kurma



Hari ni K.Nor try satu lagi resipi dr koleksi resipi K.Fida MyR yg terror masak, rajin share dgn org lain kat MyR. Lama tak dengar kisah K.Fida ni. Ada terbaca kat komen2 di MyR yg K.Fida skrg ni sedang menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah. Andainya betul berita ni.. Alhamdulillah.. semoga Allah melimpahkan K.Fida dgn haji yg mabrur.

Berbalik pada resipi Daging Masak Kurma ni, komen K.Nor .. SEDAP. Bahan2nya simple dan proses memasak pun mudah aje. Tengahari td K.Nor makan lauk dgn nasi putih manakala malam ni K.Nor cicah lak dgn roti. Memang enak! Tq buat K.Fida atas resipi yg best ni dan mintak izin ya nak letak resipi ni kat sini.

psst!! utk anak2 kat perantauan terutamanya anakanda K.Nor dan 'Budak Jordan' yg jd hard die fan blog nih (tu ayat dia ya.. hehe..) try la lauk ni.. simple jer. Dan rasanya bahan2 yg diperlukan utk lauk ni boleh didapati kat Jordan kan.. insyaallah..



DAGING MASAK KURMA by K.Fida MyR

  • 1 kilo daging goreng - direbus
  • 5 sb rempah kurma
  • 1 cawan susu sejat
  • secukup air utk merebus daging
  • minyak dan garam
  • 4-7 batang lada hijau *
  • 3 biji tomato *
  • 10 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang kecil *
  • 2-3 tangkai daun ketumbar *
  • 3 hiris halia muda *

  • Kisar bahan2 * hingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma,gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering.
  • Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata.
  • Masukkan susu dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi.

6 comments:

  1. kakk...mana gambar daging kurma nya!!! selalu tengok gambar je dh terliur, hr ni x de ke..??hihi

    ReplyDelete
  2. ain >> akak terlupa nak upload gambo daging ni la smlm.,..hihi..

    ok dah letak pong

    ReplyDelete
  3. tgk gambo pun dah x tahan ni...mengancamlah k.nor!

    ReplyDelete
  4. e-na >> mmg sedap tau e-na.. try la

    ReplyDelete
  5. kak nor, tak paham la daging goreng kemudian rebus (nanti klu free tlg terangkan k) air rebusan daging tu ltk berapa byk kak?


    sweet

    ReplyDelete
  6. sweet >> maksud resipi, daging tu selepas dipotong, rebus dlm air. kaedah ini utk memudahkan/mempercepatkan daging tu empuk. selepas tu baru lah dimasak mengikut step seterusnya

    biasanya kalau merebus daging, masukkan air sama paras dgn daging kedalam periuk. guna api sederhana dan rebus sambil sesekali mengacau supaya daging tu masa rata. masak hingga air tinggal 1/2 dr paras mula2 air tu.. kemudian guna balik air rebusan daging tu spt kehendak resipi (dlm cara2 memasak tu )

    ReplyDelete