f Secubit Garam: Terung Bakar & Air Asam

N3 Terkini

Wednesday, November 4, 2009

Terung Bakar & Air Asam

Semalam dah menu terung, arini pun masih lagi menu terung. Bukan apa, nak perabiskan stok terung dlm peti ais sebelum menopos. Tak per la, lagipun Cik Abg K.Nor suka lauk2 terung ni.

Kali ni mencuba resipi Terung Bakar & Air Asam by Noorsha. Mudah jer buatnya, hasilnya pun tak mengecewakan. Sedap nak2 makan dgn nasi panas2. Noor akak mintak izin nak letak resipi kat sini ya. Akak amik resipi kat rumah Noor td nih.. TQ ya Noor

TERUNG BAKAR & AIR ASAM by Noorsha

Bahan2 utk Terung Bakar
3 biji terung - belah 2 (K.Nor potong serong )
sedikit garam
sedikit minyak masak @ minyak jagung


Cara2
Gaul terung dengan sedikit minyak masak @ minyak jagung. grill seketika atas stove atau bolehlah masukkan dalam oven n bakar sekejap. lepas empuk tu, ketepikan seketika.


Bahan2 utk Air Asam
10 biji cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar
Asam jawa sebesar duit 50 sen
1/2 cawan air masak
gula
garam


Cara2
Tumbuk c@ kisar kering cili padi dengan belacan bakar. Kemudian, masukkan gula & garam secukup rasa, tumbuk lagi. Cairkan asam jawa dengan air masak,toskan bijinya dan masukkan dalam cili & belacan yag dah ditumbuk tadi. Tambahkan sedikit demi sedikit air jika terlalu pekat. rasa & tambah ape yg kurang.... :)


Sori la Noor, hari ni terlebih sgt rajinnya, K.Nor blend jer cili padi, belacan dan bawang. Dah la terlumat sgt pulak tu.. tak per la ya Noor, janji rasa dia ada..

No comments:

Post a Comment