f Secubit Garam: Pulut Kuning & Rendang Tok.. Juadah Di Pagi Raya

N3 Terkini

Friday, November 27, 2009

Pulut Kuning & Rendang Tok.. Juadah Di Pagi Raya

Mencuri masa sekejap di pagi raya utk masukkan n3 buat tatapan anakanda yg jauh, yg menyambut raya di perantauan.. Ni la hidangan yg mak sediakan sebagai juadah di pagi raya kali ni. Untuk Along, Selamat Hari Raya Emak, Ayah dan adik2 ucapkan.. Semoga Along sentiasa dlm perlindungan Allah dan bergembira menyambut raya bersama teman2 di perantauan.


Dalam duk mencari resipi nak masak rendang yg akan digandingkan dgn pulut kuning kat rumah Ummi Kuantan, K.Nor terjumpa dgn resipi Rendang Tok by K.Liza ni. Dah Ummi rekomen sgt, K.Nor rasa nak try lak sekali.

Terima kasih buat K.Liza dan Ummi, izinkan Nor letak resipi tu kat sini ya..


RENDANG TOK by K.Liza
Bahan:-
1 kg daging (potong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (potong nipis) - ni k.nor tak letak
3 sudu besar gula merah (ummi letak 4 sudu)
3 keping asam keping
Daun kunyit - koyakkan
garam
Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas

Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minhyak dan cukup pekat.(biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning

Selamat Hari Raya buat semua!!!!


Ni special mak hidangkan utk Along..
selamat menjamu selera :)

7 comments:

  1. salam akak ^_^

    waahhh... cun nyee pulut kuning tuu...
    lama tak makan...

    salam aidiladha...

    ReplyDelete
  2. KakNor, I'm sure Ur son will be missing all of U here, so do U! :(

    Anyways, Love wish all of U Selamat Hari Raya Aidiladha yer! Happiness forever! ;)

    ReplyDelete
  3. Salam. Rasa terpanggil bila nampak rendang Tok. Niat nak masak rendang Tok untuk raya haji tapi rasa cam malas pulak. Sempat buat rendang biasa aje.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nor,
    Comel nye pulut bentuk muka tue.. geram nak ngap la.hehe..
    Mesti Along rindu masakan mak tambah2 di hari raya macam nie..

    ReplyDelete
  5. liza >> w'salam... slmt hari raya gak buat liza

    love >> tq love :)

    somuffins >> ni 1st time saya masa masak rendang tok.. rasanya tak berapa kering sgt tu..

    ijan >> w'salam ijan.. slmt hari raya buat ijan sekeluarga..
    amik ler kalau boleh ngap :)

    ReplyDelete
  6. menyelerakan. Ada ikan masin sekali? Special tuu.

    ReplyDelete
  7. gerau >> mmg syok abis kan kalau makan pulut kuning dgn ikan masin

    ReplyDelete